Retreat atau menziarahi mendiang pejuang idola PR?

Sumber pejabat MB beritahu program sudah diatur 2 minggu lalu

Shah Alam: Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan mesyuarat EXCO negeri di Bangkok dibidas kerana dianggap membazirkan wang rakyat.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Selangor (PERKASA), Abu Bakar Yahya, berkata Abdul Khalid perlu memberi penjelasan mengenai maksud tersirat program ‘retreat’ yang bermula semalam dan hari ini.
“Penjelasan itu penting bagi menafikan dakwaan mereka pergi ke sana juga bertujuan menziarahi mendiang Chin Peng, yang mati, Isnin lalu.

“PERKASA Selangor berharap pemergian mereka ini tiada helah lain. Apapun, biar rakyat menilai sama ada benar-benar untuk rakyat negeri ini atau sebaliknya,” katanya.

Semalam penulis sebuah laman blog mendakwa 18 EXCO Selangor termasuk pegawai kerajaan negeri berlepas ke Bangkok dari KLIA kira-kira jam 10 pagi semalam.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata tindakan itu langsung tiada keperluan.

“Tujuan mesyuarat EXCO untuk mendapatkan hasil dan tidak semestinya diadakan di luar negara. Apa keperluan untuk bermesyuarat di sana.
“Abdul Khalid perlu jelaskan kerana sebelum ini beliau mendabik dada kononnya menguruskan belanjawan berhemat.

“Lawatan seperti ini pasti membabitkan implikasi kewangan kerana pegawai kerajaan negeri juga turut dibawa. Di mana punca kewangan untuk lawatan itu kerana jika tidak, ia pasti dianggap membazirkan wang rakyat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana