PTPTN: RM300 juta tak berbayar, nafi hak 15,000 pelajar

LENGGONG 8 Sept. - Sejumlah RM300 juta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal dilunas peminjam akan mengakibatkan sekurang-kurangnya 15,000 pelajar tidak mendapat kemudahan itu daripada tabung berkenaan.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sehubungan itu, sebanyak 400,000 peminjam tegar yang gagal melunaskan pinjaman dinasihat membuat bayaran bagi memastikan hak pelajar lain tidak dinafikan.

"Kini terdapat 400,000 peminjam tegar yang masih gagal membayar pinjaman yang berjumlah RM2.3 bilion. Jumlah ini besar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Aidilfitri Parlimen Lenggong di sini hari ini.Beliau berkata, sehingga 31 Julai lepas, sebanyak 2.24 juta peminjam menikmati kemudahan pembiayaan PTPTN yang melibatkan peruntukan sebanyak RM50.52 bilion.

Katanya, bagi tempoh sama, perbadanan itu berjaya mengutip bayaran balik pinjaman sebanyak RM4.32 bilion. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana