Polis sedia siasat pihak kibar bendera Sang Saka Malaya - Ahmad Zahid

Polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera 'Sang Saka Malaya' jika ada laporan dibuat mengenainya, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.

Berikutan itu, katanya tindakan undang-undang juga boleh dikenakan terhadap kumpulan yang mempertikaikan status Jalur Gemilang.

Mengulas mengenai kumpulan tertentu yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka Jumaat lepas, beliau berkata pihak yang tidak berpuas hati dengan insiden itu juga harus membuat laporan polis.

"Kita tidak boleh hina Jalur Gemilang dan mengatakan ia satu malapetaka. Kita tidak harus mempertikaikan perkara ini," katanya kepada wartawan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh dekat Kuala Lumpur , malam Ahad.

Katanya sebagai rakyat Malaysia yang mengaku taat setia kepada negara, soal mempertikai bendera kebangsaan harus dielakkan.

"Tidak sepatutnya ada orang pertikaikan Jalur Gemilang dan mahu menggantikannya dengan bendera lain.

"Kita harus terima hakikat bahawa dalam soal bendera, pengisytihrannya telah dilakukan oleh Perdana Menteri ketika itu," katanya.

Mengenai dakwaan penglibatan sesetengah pemimpin parti politik dalam kegiatan kongsi gelap, beliau berkata kerajaan tidak berkompromi mengenai perkara itu dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana