Polis Kelantan tahan empat lelaki terbabit perhimpunan hara

KOTA BHARU: Polis menahan empat lelaki kerana terbabit mengadakan perhimpunan haram bagi membantah kenaikan harga petrol dan diesel yang diadakan berhampiran sebuah pasar raya di sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata keempat-empat
lelaki itu berumur antara 22 hingga 36 tahun ditahan di tempat kejadian kira-kira 3.20 petang.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012. Keempat-empat mereka akan dibebaskan atas jaminan polis selepas keterangan diambil," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata, polis turut merampas risalah berkaitan perhimpunan itu.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 20 orang sudah berhimpun pada masa itu
namun keempat-empat mereka enggan bersurai dan meneruskan perhimpunan sebelum polis menahan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana