Persempadanan semula: Kerajaan tidak akan layan Anwar

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan melayan saranan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan timbalannya untuk tidak terlibat dengan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata tidak ada sebab untuk kerajaan memenuhi permintaan tersebut kerana Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah menjalankan tugas dengan baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

"Kita tidak akan tunduk pada desakan dia untuk minta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR letakkan jawatan, siapa kisah dengan dia.

"Sebab kita tak temui apa-apa kesilapan yang dilakukan pada PRU yang lepas," katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan 50 tahun Muzium Negara.

Anwar sebelum ini berkata Pakatan Rakyat akan membantah sekeras-kerasnya kerja-kerja persempadanan semula kawasan pilihan raya jika ia diketuai Abdul Aziz dan Wan Ahmad.

"Kita menentang keras kerana tidak wajar SPR yang curang dengan rekod kotor dan jijik itu diamanahkan untuk melakukan sesuatu perubahan besar.

"Tidak munasabah dan kita akan tentang keras dan kita beri ingatan jangan sekali-kali mengadakan persempadanan ini oleh SPR yang ada," kata Anwar.

Sempadan kawasan pilihan raya adalah perkara yang termaktub di dalam perlembagaan dan ia perlu dilakukan setiap lapan hingga 10 tahun sekali.

Kali terakhir ia dibuat pada tahun 2003 iaitu menjelang pilihan raya umum 2004.

Untuk mengubah sesuatu perkara dalam Perlembagaan, ia perlukan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Nazri berkata beliau senada dengan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir bahawa Anwar perlu membawa usul untuk berunding dengan Perdana Menteri ke Parlimen, jika benar berhasrat demikian.

"Untuk nak berdialog, bawalah ke parlimen, dia ni kaki tipu, kita tak nak. Kadang-kadang benda tak ada pun dia cakap ada.

"Dia ni kaki tipu, kita dah belajar dari apa yang dia buat dulu, macam kes 40 000 orang Bangladesh dulu pun tak disebut dalam mana-mana petisyen yang mereka bawa ke mahkamah, sebab itu tipu.

"Ini bukan soal kita angkuh, tapi Anwar ini memang banyak kali tipu, dia ini 'taik minyak'," katanya.

Anwar sebelum ini memberitahu Pakatan Rakyat bersedia untuk menerima keputusan PRU13 dan berhasrat mahu berunding dengan perdana menteri mengenai masalah yang melanda negara.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan rundingan itu bukan bermakna Pakatan Rakyat mahu mengadakan kerjasama atau bergabung dengan Barisan Nasional (BN).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana