Perbuatan A. Samad Said memalukan, tak senonoh - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang didakwa terlibat dengan pengibaran Sang Saka Malaya sebagai sesuatu yang memalukan dan tidak senonoh.

Perbuatan itu katanya ibarat menghina bendera rasmi negara, Jalur Gemilang.

"Apa niat sasterawan negara mengibarkan bendera Sang Saka saya pun tak tahu. Takkan sebagai seorang yang dihormati (dan) mengeluarkan banyak penulisan yang dianggap satu hasil sastera besar melakukan sesuatu yang agak memalukan.

"(Dia) bukan tidak terpelajar. (Bahkan) terpelajar lebih daripada kita," kata Muhyiddin dalam ucapannya kepada kira-kira 2,000 mahasiswa di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur yang baru tamat minggu orientasi.

A. Samad didakwa terlibat dalam pengibaran Sang Saka Malaya pada malam ambang merdeka, Jumaat lalu.

Beliau kemudiannya disoal siasat polis sebelum dibebaskan keesokan harinya.

Turut ditahan aktivis Hishamuddin Rais dan Adam Adli.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana