Penyokong Misuari serang bandar, tahan ratusan tebusan di Selatan Filipina...

Penyokong pemimpin 'gila kuasa' Nur Misuari buat hal lagi bagi mengganggu proses rundingan damai antara masyarakat Islam di Selatan Filipina dengan Manila.

Misuari sebelum ini dikaitkan dengan pencerobohan di Lahad Datu Sabah pada awal tahun ini selepas penyokong bersenjatanya 'dipinjamkan' kepada kumpulan Jamalul Kiram yang menuntut Sabah sebagai wilayah mereka berdasarkan sejarah.

Pencerobohan tersebut menyebabkan Malaysia bertindak balas dengan menahan ratusan penyokong Jamalul Kiram dan membunuh puluhan 'tentera Kesultanan Sulu'.

10 anggota keselamatan Malaysia turun terkorban berikutan pencerobohan tersebut.

Awal pagi Isnin, kumpulan yang setia dengan Misuari itu menyerbu bandar Zamboanga yang mencetuskan pertempuran dengan askar menyebabkan enam maut dan 24 cedera.

Kumpulan pimpinan Nur Misuari itu juga menjadikan 300 orang sebagai tebusan menyebabkan Filipina menghantar 800 askar yang kini mengepung beberapa perkampungan sekitar Zamboanga.

Serangan ini menyusuli perisytiharan kemerdekaan bulan lalu oleh Misuari yang melantik dirinya sendiri sebagai presiden selepas kalah pilihanraya Gabenor baru-baru ini.

Misuari memimpin tiga daripada puluhan puak yang membentuk MNLF.

Penyokong Misuari menahan tebusan di beberapa kawasan padat penduduk termasuk di Sta Catalina, Sta Barbara, Lustre dan Kasanyagan, lapor Manila Bulletin dan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Pemimpin kumpulan lebih besar dalam MNLF tidak menyokong tindakan puak pimpinan Nur Misuari yang menyerang Zamboanga dan mengambil beratus-ratus orang sebagai tebusan.

Mereka memberi jaminan kepada Manila bahawa MNLF terus mengiktiraf pelan rundingan damai dan tidak terbabit dalam serangan oleh pengikut Misuari.

“Kumpulan kami tidak ada kaitan dengan tindakan mereka. Kami tidak melihatnya baik untuk proses damai Mindanao,” kata Jurucakap Forum Pemimpin Kanan MNLF, Abdul Sahrin, kepada wartawan.

Forum itu dianggotai pemimpin tinggi MNLF termasuk bekas Gabenor Sulu, Yusoph Jikiri dan puluhan lagi yang bersidang minggu lalu di Zamboanga serta Gabenor Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARMM), Mujiv Hataman.

Forum itu diharapkan memegang peranan untuk melaksanakan program membanteras kemiskinan penduduk Moro dalam ARMM.

Sahrin berkata, mereka juga tidak menyokong peristiharan kemerdekaan oleh Misuari baru-baru ini selepas menuduh kerajaan gagal patuh kepada beberapa fasal tertentu dalam perjanjian damai.

Bekas Timbalan Datuk Bandar Cotabato, Muslimin Sema yang mengetuai kumpulan terbesar dalam MNLF menerusi 20 puak di semua kawasan Mindanao termasuk Palawan, berkata mereka terus setia kepada gencatan senjata dengan Manila.

“Kami tidak akan berpaling daripada perjanjian damai selagi ada mekanisme yang boleh diterima MNLF dan kerajaan untuk dilaksanakan dan memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak,” kata Sema kepada akhbar tempatan.

Malah, katanya, beliau sudah memberi arahan kepada semua ahli supaya tidak mengambil apa-apa tindakan sejajar dengan komitmen mereka kepada Jawatankuasa Keamanan Selatan Filipina yang dibentuk oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

MNLF, tegasnya, menyokong resolusi secara aman jika berlaku sebarang salah faham dengan Manila mengenai pelaksanaan fasa akhir perjanjian damai.

Malaysia merupakan pengantara rundingan damai antara Manila dan masyarakat Islam Selatan Filipina.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana