Penerangan mengenai kontroversi perbezaan harga antara RON 95 dan RON 97, minta sebarkan kepada seramai mungkin agar rakyat tidak salah faham dengan dakyah dan permainan pihak-pihak tertentu.

Baiklah saya tidak hendak membuang masa para pembaca sekelian maka saya terus ke isu - Ramai rakyat yang marah dan tertanya-tanya mengapa terdapat kekeliruan terhadap beza harga kedua-dua jenis minyak ini dan mengapa RON 95 nampak lebih mahal sebelum perubahan harga RON 97 berlaku.

ISU YANG TIMBUL
Kerajaan telah mengumumkan pelarasan subsidi maka harga baru minyak RON 95 di pasaran adalah RM 2.10 manakala pada masa yang sama diketahui bahawa sebanyak 63 sen subsidi bagi setiap liter diperuntukkan kepada harga minyak RON 95. Apabila dilakukan kiraan mudah RM 2.10 + RM 0.63 = RM 2.73 seliter manakala harga minyak RON 97 yang terpapar di stesen-stesen minyak pula adalah RM 2.70 seliter, bagaiamana ini boleh berlaku? Minyak subsidi RON 95 lebih mahal dari minyak RON 97?

HARGA MINYAK DUNIA
Sebelum anda terpengaruh dengan dakyah politikus pembangkang cuba anda duduk sebentar dan fikirkan sejenak. Harga minyak dunia naik dan turun setiap hari, malah boleh dikatakan setiap jam dan minit bergantung kepada permintaan dan penawaran pasaran. Contohnya pada hari ini boleh jadi satu tong minyak BRENT hari ini berharga USD 110 esok mungkin USD 112 dan lusa USD 108, ini suatu kenyataan yang anda boleh semak di mana-mana. Sekarang cuba anda fikirkan sejenak, kenapa harga RON 97 yang dikatakan mengikut harga pasaran harganya boleh kekal stabil pada RM 2.70 buat jangkamasa yang agak panjang?

PENETAPAN HARGA
Memang kerajaan telah umumkan bahawa harga RON 97 agak mengikut harga pasaran, tapi kalau kita mengikut harga pasaran secara terus-menerus tanpa sebarang rujukan maka percayalah setiap hari harga RON 97 akan berubah sebagaimana yang anda dapat lihat di stesen-stesen minyak di luar negara contohnya Singapura. Ini akan membuatkan harga minyak RON 97 tidak stabil dan terdedah kepada risiko perubahan harga yang tidak menentu, pengusaha pam minyak dan syarikat minyak pastinya akan mengambil langkah mengurangkan risiko ini dengan meningkatkan lagi kos keuntungan sebagai insuran untuk perubahan harga yang tidak menentu.

Saya beri satu contoh, katakanlah pada hari Isnin pengusaha A membeli 10 000 liter minyak RON 97 pada harga kos RM 2.60 seliter dan pada hari yang sama beliau menjual 3 000 liter minyak yang sama pada harga RM 2.70 (untung 10 sen seliter). Namun pada keesokkan harinya harga minyak telah turun dan kini harga kos RON 97 adalah RM 2.40 seliter. Pengusaha-pengusaha pam minyak yang membeli minyak pada hari Selasa akan menjualnya pada harga RM 2.50 seliter, ini bermakna pengusaha A akan kerugian 20 sen setiap liter bagi 8000 liter simpanan minyak berikutnya.

Maka sudah pasti para pengusaha akan mengambil tindakan samaada
1) Menyimpan stok minyak dengan tidak menjual minyak yang ada sehingga harga minyak naik semula
2) Semua pengusaha akan menaikkan lagi harga minyak bagi menambah perbezaan antara kos jualan dan beli untuk menampung ketidaktentuan harga (increase margin).
Minyak selaku bahan yang terletak di bawah akta barangan kawalan tidak boleh disimpan mahupun disekat penawaranya kerana ini akan membebankan rakyat dan menganggu gugat ekonomi dan kesejahteraan negara.

TINDAKAN KERAJAAN
Jadi untuk memastikan penawaran dan harga minyak stabil di pasaran maka kerajaan dengan kerjasama syarikat-syarikat minyak menggunakan mekanisma penetapan harga automatik (Automatic Price Mechanism). Ini bermaksud katakanlah pada hari ini harga kos minyak meningkat sebanyak 7 sen seliter maka kerajaan akan menanggung 7 sen berkenaan bagi memastikan harga minyak kekal stabil dan apabila harga minyak turun sedikit keuntungan itu akan diambil bagi menggantikan kos perbelanjaan peningkatan pada hari sebelumnya.
Selagi mana tiada perubahan drastik yang berlaku, peningkatan atau penurunan yang besar, maka stesen-stesen minyak akan mengekalkan harga RON 97 pada nilai tertentu dan dalam kes ini RM 2.70

3 SEN LAGI MAHAL?
Kemudian kita berbalik kepada persoalan pokok, kenapa sewaktu pengumuman pelarasan subsidi tempoh hari apabila dikira secara kasar minyak RON 95 lebih mahal 3 sen berbanding dengan RON 97? Ini adalah kerana perbandingan berkenaan dibuat berdasarkan harga yang terpampang pada pam minyak pada hari pengumuman dibuat dan ianya tidak dikira berdasarkan harga pasaran sebenar.

Sebab itu tidak lama selepas pelarasan subsidi RON 95 dan Diesel dibuat harga minyak RON 97 naik kerana nilai pasaran sebenar RON 97 ketika itu bukanlah RM 2.70 seliter tetapi RM 2.85 seliter. Jadi kalau hendak dibuat perbandingan selepas tolak subsidi perlulah dibandingkan dengan harga pasaran sebenar.

KENAPA TAK DINAIKKAN SEKALI HARGANYA?
Pertamanya pengguna perlu ingat, pengumuman harga baru RON 95 bukanlah pengumuman kerajaan menaikkan harga minyak akan tetapi ianya adalah pengumuman pelarasan subsidi. Pelarasan subsidi bermaksud kerajaan mengurangkan subsidi pada RON 95 dan harga baru RON 95 adalah hasil dari pengurangan subsidi berkenaan. Manakala RON 97 pula tidak tertakluk pada pelarasan subsidi, ianya mempunyai mekanisma tersendiri yang akan menentukan harga pam berdasarkan harga di pasaran dunia.

Sebab itu kerajaan tidak boleh menetapkan harga baru RON 97 dalam pengumuman pelarasan subsidi kerana RON 97 tiada kena mengena dengan pelarasan subsidi.

KESIMPULAN
Tiada sebarang konspirasi dari pihak kerajaan malah kalau pengguna betul-betul perhatikan sebelum ini harga minyak RON 97 sudah diubah beberapa kali tanpa sebarang pengumuman pelarasan subsidi. Ianya hanya akan menjadi mengelirukan apabila ada pihak-pihak tertentu yang memang sengaja mahu mengelirukan pengguna demi keuntungan laba politik.
Mekanisma penetapan harga bukanlah rahsia dan ianya adalah perkara biasa yang diketahui oleh pengusaha pam minyak dan syarikat minyak. Malah saya yakin ramai politikus pembangkang tertentu tahu akan isu ini tapi sengaja memporak-perandakan keadaan demi laba politik murahan yang tidak bertanggungjawab.
Cuba anda fikirkan, politikus muda yang hebat mencanang konspirasi dan kekeliruan di merata negara, bukankah dia pernah kerja di Petronas sebelum ini?

Anda rasa dia memang tidak tahu atau dia sengaja buat-buat tidak tahu?

Fikir-fikirkan.

Antara harga RON 95 dan RON 97
Oleh : Zaidel Baharuddin

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana