Pemimpin MCA bincang nak letak jawatan beramai-ramai...

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sedang mempertimbangkan cadangan untuk Ahli Jawatankuasa Pusat (CC) meletak jawatan secara beramai-ramai bagi mempercepatkan tarikh pemilihan parti.

Soi Lek berkata, cadangan itu perlu diteliti kerana ia membabitkan soal-soal teknikal tertentu yang mungkin memberi kesan kepada parti.

Ditanya sama ada yakin cadangan itu akan mendapat persetujuan dua pertiga CC, bekas Menteri Kesihatan itu sekadar berkata, sokongan daripada sekurang-kurangnya 21 CC diperlukan untuk membolehkan letak jawatan beramai-ramai dilaksanakan.

"Sejak berakhirnya pilihan raya umum, ada orang yang menuding jari kepada saya, ada juga yang menyalahkan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Terdapat juga ahli parti yang berpendapat CC perlu memikul tanggungjawab atas prestasi buruk MCA. Masing-masing mempunyai pandangan sendiri," katanya kepada Sin Chew Daily.

MCA yang baru sahaja selesai mengadakan pemilihan bahagian dijadualkan mengadakan pemilihan pusat pada 21 dan 22 Disember ini.

Perlembagaan parti bagaimanapun menetapkan bahawa jika dua pertiga CC meletak jawatan, maka persidangan luar biasa perlu diadakan untuk memilih 31 CC yang baru.

Pemilihan parti pada tarikh lebih awal dikatakan dapat mengurangkan pertikaian yang sedang berlaku dalam MCA khususnya antara kem Soi Lek dengan Kem Tiong Lai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana