PAS tak perlu iri hati usaha PM - Dr Firdaus

SHAH ALAM: PAS tidak perlu iri hati dengan ketangkasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dalam usaha membantu golongan majoriti di negara ini, terutamanya orang Melayu.

Penganalisis Politik, Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah berkata program itu akan membawa banyak manfaat kepada orang Melayu meskipun pada masa sama, ia menaikkan imej Perdana Menteri menjelang Pemilihan Agung Umno Oktober depan.

"Pada saya dia (Hadi) memberi komen yang agak iri hati, dia iri hati tentang apa yang Datuk Seri Najib lakukan, malah apa salahnya jika Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera boleh menaikkan imej Perdana Menteri?

"Pada saya tidak ada apa salahnya jika Perdana Menteri mahu membuat sesuatu yang baik dan menaikkan imej. Pada saya ianya tidak ada salahnya, lagi memburukkan keadaan ialah apabila seseorang membuat komen tidak tentu arah lagi tidak membina," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan program itu tidak relevan dan mendakwa rakyat perlu dibantu mengikut keperluan mereka bukan berdasarkan diskriminasi kaum.

Dr Firdaus berkata pucuk pimpinan PAS itu dilihat sering memberikan pandangan yang bercelaru dalam banyak perkara.

"Komen Haji Hadi itu membayangkan sebahagian daripada kecelaruan (beliau) daripada banyak isu. Jika pelaksanaan program pemerkasaan ekonomi Bumiputera itu untuk menaikkan imej, apa salahnya?

"Bagi dia (Hadi) apa orang buat baik pun semua salah, apakah lagi orang tidak buat perkara baik," katanya.

Malah Firdaus menasihatkan Hadi berlapang dada untuk menerima sebarang keputusan membabitkan transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Katanya kerajaan lebih mengetahui apa yang rakyat mahukan.

"Yang lebih penting bagi saya ialah kita terima saja itu program yang baik dan menaikkan imej siapa saja yang laksanakan. Pada saya Perdana Menteri ialah seorang yang peka terhadap tuntutan dan keperluan rakyat," katanya.

Pada Sabtu lalu, Najib mengumumkan langkah dan strategi baru dalam memperkasakan ekonomi Bumiputera yang berpayungkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB).

Ia bertujuan memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat dan memperkukuhkan pemilikan aset sebagai kelangsungan implementasi agenda pemerkasaan ekonomi golongan terbabit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana