PAS pertikai keputusan mahkamah terhadap 13 penyokongnya

SHAH ALAM: PAS mempertikaikan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar yang telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap 13 penyokongnya yang mengadakan tunjuk perasaan pada 2009.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa hukuman penjara yang dikenakan terhadap penyokong parti itu adalah tidak relevan dengan kesalahan mereka.

Beliau yang dihubungi Antarapos memberitahu bahawa PAS tidak akan berdiam diri dalam hal ini dan akan berusaha mendapatkan keadilan bagi penyokong parti itu dengan memfailkan rayuan terhadap mereka.

"PAS akan mengambil tindakan untuk membuat rayuan.

"Kita rasa hukuman itu tidak munasabah dan prosedurnya adalah kita melalui pasukan guaman kita akan ke Mahkamah Rayuan untuk kita mendapatkan keadilan," sambil menambah bahawa  perkara ini akan dibawa ke mesyuarat parti untuk dibincangkan selewat-lewatnya, Selasa depan.

13 penyokong PAS yang mengadakan tunjuk perasaan membantah pelucutan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri Perak pada tahun 2009, berdepan dengan hukuman dua tahun penjara dan denda RM5,000.

Kesemua individu ini dituduh mengadakan tunjuk perasaan haram di hadapan Istana Iskandariah di Kuala Kangsar membantah perlantikan Datuk Zambry Kadir daripada UMNO sebagai Menteri Besar baru menggantikan Datuk Seri Nizar Jamaluddin daripada PAS.

13 orang yang dihukum itu turut dilaporkan antara segerombolan penyokong pembangkang yang membaringkan diri di jalan dan melontar batu serta botol air  ke arah konvoi kereta yang memasuki Istana Iskandariah untuk majlis angkat sumpah Zambry.

Insiden itu dilihat sebagai cubaan nekad untuk menghina institusi di raja serta mencabar kuasa Sultan di bawah perlembagaan negara.

Salahuddin selain tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, beliau turut mempersoalkan keputusan mahkamah sehingga menjatuhkan hukuman penjara sedemikian yang disifatkan sebagai keterlaluan.

"Hukuman itu harus dilihat daripada aspek bagaimana insiden itu berlaku, dan sejauh mana hukuman penjara 2 tahun itu dikenakan dan ini saya merasa agak pelik jugalah kenapa hukuman sedemikian dijatuhkan," tambah beliau.

Puluhan penyokong PAS dan PKR hadir di perkarangan mahkamah mengakibatkan suasana tegang selepas Hakim Norsalha Hamzah mengumumkan keputusannya.

Norsalha turut menolak permohonan pegambela untuk menangguhkan keputusan itu sehingga rayuan dibuat ke mahkamah yang lebih tinggi, selain mengarahkan hukuman itu berkuat kuasa serta merta kerana kes itu melibatkan kepentingan awam.

Norsalha menjatuhkan hukuman itu dibawah Kanun Keseksaan selepas mendapati peguam bela gagal untuk menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaraya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana