Pas Perlu Teliti Secara Mendalam Resolusi Kaji Hubungan Dengan PKR, DAP

KUALA LUMPUR 17 Sept – Resolusi yang dicapai pada Multaqa Ulama Se-Malaysia yang antara lain mencadangkan supaya tahaluf siyasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya PKR disemak semula menunjukkan kekhuatiran mereka terhadap kedudukan parti itu di dalam pakatan pembangkang.

Sehubungan itu Pendakwah Bebas, Ustaz Toharudin Yaakob mencadangkang agar kepimpinan Pas melihat serta meneliti cadangan tersebut demi kelangsungan perjuangan Pas dalam arena politik negara.

Katanya pandangan yang dilontarkan itu adalah dari kalangan ulama dan sewajarnya perlu diambil kira dengan serius oleh kepimpinan Pas.

“Kena ambil kiralah pandangan berkenaan… Janganlah pula keluar bermacam-macam kenyataan dalam usaha mengalih tumpuan terhadap apa yang dilontarkan itu. Saya kira lontaran itu adalah ikhlas.

“Ini kerana umum dapat melihat dan malah saya merasakan kalangan ulama di dalam Pas sendiri merasakan kerugian yang dialami setelah parti itu bertahaluf siyasi dengan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang. Mungkin dari sudut peranan Pas itu sendiri atau yang lain,” katanya.

Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kompleks Pas Kedah di Alor Setar, Kedah mencapai beberapa resolusi termasuk mencadangkan supaya tahaluf siyasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya PKR disemak semula.

Beliau seterusnya menambah tidak pelik jika lontaran daripada resolusi tersebut mendapat pelbagai pendapat di kalangan kepimpinan Pas termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini kerana katanya masing-masing ada yang akan mengambil ‘jalan selamat’ memandangkan muktamar agung parti itu yang akan datang.

“Bagi saya tidak peliklah perkara tersebut kerana Muktamar mereka pun dah dekat. Mungkin jalan terbaik adalah mengambil jalan selamat demi kepentingan politik masing-masing,” katanya.

Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berpendapat resolusi Multaqa Ulama Pas yang berlangsung di Kedah Sabtu lalu disifatkan sebagai luahan perasaan daripada sayap parti untuk memelihara Pas atas dasar Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana