Panass Beb...Pemimpin Melayu koyak kad keahlian DAP, keluar parti

SHAH ALAM: Sehari sebelum DAP mengadakan kongres khas untuk melantik semula pimpinan tertingginya, seorang pemimpin Melayu parti itu mengoyakkan kad keahlian, kerana menyifatkan DAP rasis.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Ishak mengesahkan ura-ura beliau akan keluar daripada parti itu pada sidang media di Pulau Pinang sebentar tadi.

Beliau menuduh parti itu memperalatkan orang Melayu untuk agenda politik sempit dengan berselindung di sebalik istilah 'berbilang kaum.'

Rahmad menyelar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pemimpin ala-Hitler yang memimpin parti itu secara kuku besi bersama bapanya Kit Siang.

"Parti DAP bukanlah tempat orang Melayu berlindung, tetapi sebaliknya dipergunakan secara senyap dan halusu untuk memuaskan hawa nafsu pemimpin mereka.

"Malah penggunaan istilah amar makhruf nahi mungkar hanyalah diperdagangkan oleh Lim Guan Eng dengan niat untuk mendapatkan sokongan orang Melayu," kata beliau.
Rahmad berharap perwakilan DAP akan memilih barisan pemimpin yang berwibawa esok demi membela perjuangan pelbagai kaum parti itu.

Beliau kemudian mengoyak kad keahliannya.

Semalam,  Rahmad memberitahu Antarapos bahawa beliau amat keciwa melihat DAP semakin bongkak dan meminggirkan ahli Melayunya.

"Selepas PRU13, kita tengok DAP di Pulau Pinang terutamanya melampau tidak dapat menjaga ahli Melayu dalam parti yang bilangannya berapa kerat sahaja,” katanya.

“Jadi macam mana nak jaga orang Melayu di Pulau Pinang kalau macam itu?’ tambah Rahmad.

"(Perjuangan) pelbagai kaum hanya di mulut … tapi mana dia pemimpin Melayu daripada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi oleh DAP di Pulau Pinang," katanya.

"Bukan tidak ada pemimpin Melayu yang layak tetapi mereka lebih gemar kepada (calon yang) ada kena mengena dengan keluarga Lim Guan Eng," ujarnya.

Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari adalah satu-satunya Ahli Parlimen Melayu daripada DAP di Pulau Pinang sungguhpun status Zairil sebagai anak Melayu dipertikaikan oleh pelbagai pihak di dalam dan luar parti itu.

Pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Disember lalu, semula lapan calon Melayu tewas dalam pemilihan parti, sekali gus menempelak cubaan Guan Eng untuk memaparkan DAP sebagai parti pelbagai kaum.

Beberapa minggu selepas itu, Guan Eng mendakwa berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dan Zairil kemudian diisythiarkan sebagai memenangi kerusi CEC.

Susulan itu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan mengiktiraf CEC DAP dan mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula yang akan diadakan esok di Petaling Jaya.

Bagaimanapun pemilihan semula itu turut dibelut kontrovesi apabila ROS mendedahkan bahawa DAP melanggar pelembagaannya kerana tidak memberikan notis 10 minggu kepada ahlinya mengenai pemilihan itu.  

Rahmad  menjangkakan lebih ramai ahli DAP yang bakal meninggalkan parti rasis itu dalam masa terdekat ini.

Beliau menyertai DAP pada bulan Jun tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana