PANAS..DR MOHAMAD ABU BAKAR JUGA TINGGALKAN ANWAR......

Dato’ Paduka Dr Mohamad Abu Bakar yang sebelum ini dikenali sebagai salah seorang Anwarista juga dikhabarkan turut meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber dalaman memaklumkan faktor utama Dr Mohamad Abu Bakar meninggalkan Anwar disebabkan percanggahan pemikiran, liberalisme dan pluralisme yang menjadi bawaan terbaru Ketua Umum PKR itu.

“Malaysia sudah terjebak dengan demokrasi liberal dan semakin ramai menganutinya dan kemungkinan institusi agama pun akan ditenggaminya,” kata Dr Mohamad pada Seminar “Memposisikan Islam Dalam Kerangka Demokrasi Moden” Anjuran Istitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 3 September 2013.

Dr Mohamad, Professor, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dijemput sebagai salah seorang ahli panel seminar itu membentangkan kertas kerjanya bertajuk, “Sistem Nilai Dalam Demokrasi Barat dan Kesannya kepada Keruntuhan Tamadun Manusia.”

“Harus ada hak demokrasi barat untuk bertapak dan bergerak (di negara ini tetapi mesti) ada limitasi’

“Kerana orang Islam punya nilai yang lebih tinggi dari nilai demokrasi barat.

“Institusi (agama) ungul, hilang kredibiliti (apabila) berdepan (dengan) liberalisasi, sebab (umat Islam) tidak bersatu, tidak sependapat dan kerja on off,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana