Ops Cantas: 15,000 Melayu, 3,000 India. Rasiskah itu?

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan dakwaan yang mengatakan Op Cantas Khas yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menyasarkan kaum tertentu sahaja sebagai berniat jahat dan tidak berasas.

Menurutnya, komen-komen nakal seperti itu tidak sepatutnya dibuat kerana boleh menimbulkan rasa curiga rakyat terhadap usaha dilakukan pasukan itu.

"Kita jalankan tanggungjawab mengikut lunas undang-undang yang ada dan kita buta warna. Dalam kes di Melaka (kelmarin) polis menembak mati dua suspek kerana mereka bertindak ganas dan tidak mungkinlah kita akan berpantun dahulu sebelum bertindak. Mereka ini bersenjata api dan mempunyai rekod Ordinan Darurat (EO).

"Statistik tangkapan sepanjang operasi dilakukan menunjukkan lebih 15,000 yang ditahan adalah orang Melayu, manakala 3,000 lagi orang India... rasiskah itu?" soalnya kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif baharu di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di stesen minyak Petron di Taman Perindustrian Kuchai Lama di sini hari ini.

Khalid seterusnya memberitahu, pihaknya belum berpuas hati dengan Op Cantas Khas dilancarkan sejak 17 Ogos lalu kerana beranggapan banyak lagi perlu dilakukan PDRM dalam mengekang jenayah.

"Selagi ada jenayah dan individu atau kumpulan penjenayah yang bebas, selagi itu Op Cantas Khas akan berterusan. Semestinya akan ada tangkapan besar-besaran lain kerana usaha ini bukan kerja sekejap-sekejap sahaja sebaliknya satu tindakan yang berterusan," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana