Op Cantas: 7 ditahan, 3 senjata api, peluru dirampas

ALOR SETAR: Polis Kedah menahan tujuh lelaki dan merampas tiga senjata api termasuk 12 butir peluru dalam dua operasi berasingan sempena Op Cantas Khas pada Isnin dan Khamis lalu.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, tangkapan pertama melibatkan lima lelaki dipercayai terlibat dalam satu kes rompakan senjata api di Pokok Sena pada 4 September dan kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi berasingan sekitar Kepala Batas dan Jitra.

Dalam satu sidang media di sini, Ahmad berkata, polis turut merampas sepucuk pistol dan 12 butir peluru dipercayai digunakan dalam rompakan tersebut.

Sementara dalam operasi kedua semalam, polis menahan dua lelaki kerana memiliki dua laras senapang angin buatan sendiri di Sik.

Tambah Ahmad, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana