OOPPSS......LIM GUAN ENG DAP KANTOI LAGI ?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didakwa tergesa-gesa memilih tarikh pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September ini kerana takut berhadapan dengan 'penggulingan kuasa' Dinasti Lim.

Ini berikutan kehadiran 17 ahli DAP yang telah disingkir kerana bertanding secara Bebas atau menolak cara pemerintahan anak beranak, Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang.

Bekas Ketua Cawangan DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Ta mendakwa, beberapa ahli yang telah dibuang oleh DAP kerana bertindak menjadi calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berkemungkinan akan bertanding sebagai calon CEC kali ini.

"Berita ini sudah tentunya menyebabkan Guan Eng tidak senang duduk, mereka yang menentang kumpulannya telah disingkir, bayangkan jika mereka bertanding bagi jawatan tertinggi parti.

"Guan Eng takut sekiranya mereka bertanding dan menang, kumpulan yang telah disingkirkan ini juga mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan akar umbi parti dan mereka pastinya tidak akan mengundi Guan Eng dan konco-konconya. Mungkin juga akan berlaku peralihan kuasa selepas ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar berhubung perkara itu di Bandar Sungai Long, Kajang di sini hari ini.

Kelmarin, Pendaftar Pertubuhan (ROS) membidas DAP kerana tidak pernah memaklumkan apa-apa maklumat atau perkembangan mengenai pemilihan semula CEC parti itu pada bulan ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, daripada memberi maklumat rasmi kepada ROS, DAP sebaliknya dilihat lebih gemar membuat pengumuman melalui media massa.

Dalam pada itu, Tuan Tat turut menyoal tindakan tergesa-gesa Guan Eng untuk mengadakan pemilihan semula dalam tempoh sebulan memandangkan sebelum ini kepimpinan tertinggi enggan akur dengan arahan ROS dan akar umbi parti itu.

Jelasnya, secara drastik keputusan untuk mengadakan semula pemilihan CEC diambil dan tarikhnya pula bercanggah dengan perlembagaan parti.

"Sudah termaktub dalam perlembagaan parti di bawah artikel 6 klausa 8 yang menetapkan 10 minggu notis sebelum pemilihan. Adakah Guan Eng tidak sedar dengan perkara ini?

"Saya hairan dengan sikap Guan Eng yang sebelum ini begitu degil untuk mengadakan pemilihan semula walaupun mengakui dengan mulutnya sendiri terdapat kesilapan dalam pengiraan undi. Guan Eng dan bapanya, Kit Siang juga enggan mendengar sebarang keluhan dari peringkat akar umbi,'' ujarnya.

Katanya, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga pada awalnya telah membayangkan pemilihan semula hanya boleh diadakan sekitar bulan November dan Disember.

''Jadi mengapa tukar semuanya? Apakah sampai bila-bila, kedua-dua anak beranak ini akan membuat keputusan parti sesuka hati mereka," soalnya - UM

MiM : Itulah....Lim Guan Eng DAP sering mencari salah dan mengkritik parti lawan tetapi beliau sendiri dipersoalkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin parti sendiri.

Kerana itu kita juga menganggap tujuan anak Lim Kit Siang DAP mengkritik pihak lawan sebenarnya untuk menutup kelemahan beliau sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana