NURUL IZZAH LUAHKAN PERASAAN KECEWA !!

Sambil meluahkan kekecewaan, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membidas Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) Dr Raja Ahmad Al-Hiss untuk merujuk kepada pimpinan tertinggi partinya terlebih dahulu sebelum mengkritik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menawarkan diri untuk berunding secara meja bulat dengan Barisan Nasional (BN).

“Saya agak kecewa kerana beliau (Dr Raja Ahmad) tidak terlebih dahulu memeriksa (maklumat) dalam pimpinan dalam Pas sendiri sebelum membuat kenyataan sedemikian,”katanya kepada Sinar Harian.

Nurul Izzah turut menyeru Pemuda Pas agar membaca secara teliti ayat demi ayat untuk membezakan di antara kerajaan perpaduan dengan sidang meja bulat.

“Kalau boleh rujuklah ayat demi ayat, kalau saudari (wartawan Sinar Harian) pun tahu, apatah lagi orang lain.

“Baca kenyataan dan kita jelas sidang meja bulat,”katanya lagi.

Pada 2 September lalu, Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad dilaporkan FMT mempertikaikan tindakan Anwar yang mahu mengadakan rundingan meja bulat dengan kerajaan BN tanpa merujuk kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat terlebih dahulu.

Menurutnya, Anwar perlu merujuk sebarang keputusan dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk bertemu dengan BN.

“DPPM merasa musykil mengapa Datuk Seri Anwar begitu beriya-iya mengajak kerajaan berbincang sedangkan sebelum ini begitu teruk Presiden PAS dan pimpinan PAS yang lain dihentam ketika cadangan mengajak kerajaan BN mengadakan perbincangan?

“Dalam hal ini, DPPM sekadar mengingatkan Datuk Seri Anwar agar berhati-hati dalam permainan politik musuh.

“Apa yang dibimbangkan adalah beliau terperangkap dengan politik individu atau segolongan mereka yang berkepentingan,” katanya -.sumber

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana