Noh nafi pemimpin Umno takut, cabar Anwar bahas di Parlimen

MERU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan pemimpin parti itu menolak cadangan untuk mengadakan dialog terbuka kerana takut dengannya.

Noh yang diminta mengulas dakwaan tersebut berkata, tidak timbul isu pemimpin Umno 'takut', sebaliknya mencadangkan Ketua Umum PKR itu membawa segala permasalahan yang ingin diketengahkannya pada sesi sidang Parlimen 23 September depan agar ia boleh dibahaskan.

Anwar semalam dilaporkan membidas pemimpin Umno kerana menolak cadangan beliau untuk mengadakan dialog terbuka dengan kerajaan bagi menangani isu-isu utama negara.

"Dialog ini untuk apa? Untuk cari populariti?

"Jadi kalau kata Anwar ada isu yang nak dibahaskan, bawalah ke Parlimen.. Bila dalam Parlimen, semua orang boleh dengar, tambahan pula dah ada siaran langsung.

"Bila dia bawa ke Parlimen, penyokong dia boleh sokong apa dia cakap, penyokong Barisan Nasional (BN) juga boleh memberikan pendapat, dan kemudiannya ia akan dijawab oleh pihak kerajaan. Itulah sistem kita," katanya ketika ditemui Antarapos.

Dalam perkembangan berlainan, Noh ketika diminta mengulas berhubung pandangan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifudin Abdullah bersetuju bahawa pelaksanaan sistem pemilihan parti kali ini bakal menjadi platform terbaik untuk membendung gejala politik wang.

Malah, beliau menyambut baik saranan itu serta berharap ahli Umno dapat membuat pilihan terbaik pada pemilihan parti Oktober ini.

"Jadi bila kita serahkan semula kuasa kepada ahli Umno, maka pemimpin yang dipilih akan mendapat mandat yang sepenuhnya daripada setiap pimpinan Umno sehinggalah ke peringkat akar umbi.

"Ertinya, pemimpin di peringkat cawangan, tarafnya itu macam taraf pemimpin bahagian kerana mereka juga berhak untuk memilih pucuk pimpinan tertinggi Umno," katanya lagi.

Bekas ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini dilaporkan percaya sistem pemilihan baru yang dilaksanakan parti itu pada Oktober ini bakal menjadi platform terbaik untuk membendung gejala politik wang yang sering berlaku apabila tiba musim pilihan raya parti.

Dalam temubual bersama Antarapos, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini berkata sistem yang akan dilaksanakan pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu melibatkan 146,500 anggota peringkat akar umbi adalah kaedah terbaik dan tepat.

Ini kerana menurut Saifuddin, berbanding sistem lama mudah untuk calon mendekati perwakilan dan memberi 'sampul surat' dengan tujuan meraih undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana