Nilai Melayu dalam DAP hanya 'lima kupang'...Insaflah Melayu Yang MEnyokong PErjuangan DAP


Penyertaan orang Melayu dalam DAP tidak pernah dihargai para pemimpinnya malah kehadiran mereka dilihat sekadar mengaburi mata rakyat bagi menggambarkan keahlian parti tersebut terdiri daripada berbilang kaum.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu negeri, Zulkifli Mohd. Noor berkata, kewujudan ahli Melayu dalam parti tersebut jika mahu digambarkan dengan mata wang hanya bernilai 50 sen.

Bekas Naib Pengerusi DAP itu menambah, sikap rasis sedemikian dapat dilihat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 selepas tiada seorang pun wakil Melayu diangkat menjadi calon terutama di negeri-negeri ditadbir pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Keadaan sama, menurut beliau, berlaku semasa pemilihan parti hujung tahun lalu sekali gus memberi gambaran sebenar kedudukan ahli-ahli Melayu dalam DAP.

"Bagi mengaburi mata rakyat dan menunjukkan DAP parti berbilang kaum, tiga atau empat ahli Melayu diangkat menjadi pemimpin parti tetapi itu sekadar pembohongan. Kita tidak dapat menerima keadaan sebegini.

"Jangan lupa tanpa kewujudan ahli 50 sen ini, parti tetap tidak dapat mencukupkan jumlah satu juta ahli yang mahu dikumpulkan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana