Nilai Melayu dalam DAP hanya 'lima kupang'

PULAU PINANG 19 Sept. - Penyertaan orang Melayu dalam DAP tidak pernah dihargai para pemimpinnya malah kehadiran mereka dilihat sekadar mengaburi mata rakyat bagi menggambarkan keahlian parti tersebut terdiri daripada berbilang kaum.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu negeri, Zulkifli Mohd. Noor berkata, kewujudan ahli Melayu dalam parti tersebut jika mahu digambarkan dengan mata wang hanya bernilai 50 sen.

Bekas Naib Pengerusi DAP itu menambah, sikap rasis sedemikian dapat dilihat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 selepas tiada seorang pun wakil Melayu diangkat menjadi calon terutama di negeri-negeri ditadbir pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Keadaan sama, menurut beliau, berlaku semasa pemilihan parti hujung tahun lalu sekali gus memberi gambaran sebenar kedudukan ahli-ahli Melayu dalam DAP.

"Bagi mengaburi mata rakyat dan menunjukkan DAP parti berbilang kaum, tiga atau empat ahli Melayu diangkat menjadi pemimpin parti tetapi itu sekadar pembohongan. Kita tidak dapat menerima keadaan sebegini.

"Jangan lupa tanpa kewujudan ahli 50 sen ini, parti tetap tidak dapat mencukupkan jumlah satu juta ahli yang mahu dikumpulkan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar sama, Zulkifli yang menjadi ahli DAP sejak 26 tahun lalu mengumumkan akan bertanding dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang dijadualkan hujung bulan ini.

Dalam pemilihan CEC DAP pada 15 Disember lalu, beliau serta tujuh calon Melayu lain gagal mendapat tempat dalam jawatankuasa itu selepas tewas dalam pemilihan berkenaan.

Menurut Zulkifli, kesediaan bertanding semula bukan didorong sebab-sebab peribadi tetapi demi kelangsungan parti berkenaan.

"Saya bertanding dalam pemilihan semula ini demi menghormati keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan undang-undang negara walaupun terdapat pemimpin parti terutama Setiausaha Agung, Lim Guan Eng cuba membelakangkan arahan ROS dan perlembagaan parti," katanya.

Menurut beliau, keputusan itu juga bagi menguji dan melihat sama ada istilah berbilang kaum dalam parti tersebut dapat diterjemah semua perwakilan semasa mengundi sekali gus membuktikan ideologi Malaysian Malaysia yang dibawa DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana