Nik Aziz: Semua orang PAS ulama...Biar Betul Diatas Pentas Politik Sering Kata Orang Lain Apa Ceritanya?

SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tidak pernah meminta ahli PAS untuk tidak memilih bukan ulama bagi menjawat jawatan timbalan presiden parti itu.

“Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama.

“Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja,” kata Nik Aziz dalam reaksi terbarunya berhubung isu itu.

Sebelum ini, Nik Aziz dalam satu kenyataan mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal dengan jawatan itu sementara jawatan timbalan presiden boleh dipertandingkan.

“Saya berdoa dan minta Haji Hadi yang banyak pengalaman dan ilmu, kalau boleh, biar dia teruskan jadi presiden, tetapi timbalan, atas undi, dan tentulah saya nak orang ulama jadi timbalan," katanya minggu lalu.

“Semua orang PAS ulama, sedikit atau banyak itu yang membezakan, mana boleh orang PAS jahil, semua orang PAS ulama belaka cuma taraf ilmu yang ada pada dia sedikit sebanyak itu atas dia, dia mengaji banyak mana, cebur diri dalam masyarakat, berpengalaman dan sebagainya,” tambahnya.

Kenyataan Nik Aziz berhubung jawatan timbalan presiden itu bagaimanapun menimbulkan pertikaian awam sama ada pemimpin PAS itu mahu memberikan isyarat untuk menyingkirkan Mohamad Sabu.

PAS dijadual mengadakan Muktamar Agung ke-59 bermula 22 November depan dan bakal membuat pemilihan pucuk pimpinan baharu parti itu.

Pemilihan kali ini dijangka akan terus menyaksikan pertembungan kumpulan yang digelar 'Erdogan' - kumpulan pro Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kumpulan pro kepimpinan ulama.

Pada pemilihan tahun 2010, Mohamad Sabu berjaya menduduki kerusi timbalan presiden dalam pertandingan tiga penjuru membabitkan bekas timbalan presiden sebelum ini, Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana