NIK AJIS SOKONG ZAKAT DIBAGI-BAGI DENGAN KAFIR?

Dalam status terbaru Nik Ajis di FBnya, komennya tentang gesaan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi PAS dalam Pakatan, dia berkata sebarang kajian untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan. Berundur ke belakang tu maksudnya PAS tidak bekerjasama le lagi dengan Pakatan!

Dek kerana dalam Pakatan tu, DAP lebih dominan, maka sangat jelaslah Nik Ajis lebih suka tengok UMNO yang seagama dan sebangsa dengannya lemas dan berkubur demi melihat DAP terus kukuh dan angkuh dengan agenda rasisnya yang pasti akan merugikan Islam dan Melayu. Apa cerita orang tua ni?

Dalam tulisannya itu juga (SINI), Nik Ajis seolah-olah menyokong agar zakat yang dikeluarkan oleh umat Islam itu turut dinikmati oleh penganut agama lain. Cuba baca dan faham betul-betul petikan tulisannya itu;

"Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur. "

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151618237512592&set=a.362132992591.165321.358919387591&type=1&theater

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana