Najib: Malaysia tidak akan laksana kawalan mata wang

SHAH ALAM: Malaysia tidak akan memperkenalkan semula kawalan mata wang tetapi akan menggunakan mekanisme lain untuk membetulkan sebarang ketidakseimbangan dalam ekonomi negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata hari ini.

Beliau berkata ekonomi negara terus kukuh berbanding negara lain negara di rantau ini kerana simpanan rizab mata wang asing yang mantap dan kadar simpanan yang tinggi di dalam institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Pencen.

"Walaupun ada aliran keluar ringgit tetapi rizab mata wang asing negara lebih daripada mencukupi berbanding dengan apa yang kita ada sewaktu krisis kewangan 1997," katanya.

Najib yang juga menteri kewangan berkata rizab mata wang asing negara kini mencecah US$ 130 (RM411 bilion) berbanding kepada US$ 30 bilion pada 1997.

Malaysia memperkenalkan kawalan mata wang pada 1998 ekoran krisis ekonomi yang melanda Asia Tenggara, khususnya Thailand.

Tun Dr Mahathir Mohammad selaku perdana menteri ketika itu mengikat kadar ringgit pada kadar tetap iaitu US$ 1 bersamaan RM3.80.

Di bawah dasar itu ringgit tidak sah diperlakukan dan diperniagakan di luar negara.

Tindakan itu menstabilkan nilai ringgit di pasaran tempatan serta mengekang pengaliran keluar wang daripada Malaysia sekaligus membolehkan negara menolak bantuan daripada Tabung Kewangan Anatarabangsa (IMF).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana