Murahnya nilai ahli Melayu dalam DAP...Yang Diluar Sana Tu Fikir fikirkan lah

Berapa harga politik seseorang Melayu yang menjadi ahli parti DAP? Tidak tinggi kata beberapa orang Melayu yang menjadi ahli parti itu. Persoalan ini menjadi isu panas menjelang mesyuarat agung luar biasa DAP Ahad depan.

Hiba juga memikirkan apabila ada saki baki ahli Melayu DAP kini yang berani berterus terang mengakui bahawa kehadiran dan penyertaan mereka sebenarnya tiada nilai dalam politik DAP.

Bekas Naib Presiden Kebangsaan parti itu, Zulkifli Mohd Noor menyimpulkan kekecewaannya dengan membawa perumpamaan bahawa di mata pemimpin DAP hari ini sumbangan dan nilai ahli Melayu mereka tidak lebih daripada 50 sen sahaja.

Malah putera Ahmad Nor, seorang lagi bekas Naib Presiden parti itu, Amran Ahmad menyifatkan bahawa penilaian bahawa ahli Melayu di mata pemimpin DAP yang disebut oleh Zulkifli sebagai hanya 50 sen itu sebenarnya sudah cukup tinggi.

Beliau menyindir bahawa pada congakannya nilai sebenarnya hanya lima sen sahaja. Mungkin sebagai seorang anak muda penilaian itu disalut oleh rasa kecewa dan amarah yang agak mendalam.

Ahli dakwa DAP tiada nilai

Namun pada hakikatnya Amran membuat kesimpulannya itu bersandarkan hakikat bahawa di segi politik, DAP memang bersikap rasis dan berat sebelah terhadap pengorbanan ahli parti berbangsa Melayu.

"Perjuangan bapa saya dalam DAP, sejak-sejak mereka (DAP) menang, ada mereka hargai tak? Ada mereka nyatakan perjuangan bapa saya? Pernah mereka nyatakan nama bapa saya dalam DAP? Tak pernah.

"Bila mereka nak pakai, mereka nak tarik sokongan kaum India, mereka letak nama P Patto (Timbalan Setiausaha DAP). Satu apa pun perjuangan bapa saya dalam DAP tak disebut," katanya.

Zulkifli mendedahkan bahawa DAP mahu menambah penyertaan kaum Melayu di dalam parti itu adalah diibaratkan sebagai hanya menggunakan “tudung saji” untuk melindungi sikap rasis parti itu.

Amran membidas parti itu yang enggan membuka penyertaan kepada ahlinya untuk bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), 29 September ini sebagai dalil paling jelas bahawa DAP menganggap ahli Melayu hanya untuk pameran sahaja.  

Malah di sinilah bermulanya kemelut yang dihadapi DAP sekarang hingga diarahkan supaya mengadakan pemilihan semula Jawatakuasa Eksekutif Pusatnya pada Ahad depan.

Dalam usaha untuk mempamerkan bahawa ia parti berbilang kaum dan seiring pemikiran politiknya dengan kerabat Pakatan Rakyat, PKR yang juga menonjolkan imej berbilang kaum, DAP dikatakan cuba merombak keputusan pemilihan CEC Disember tahun lalu.

Ini semua untuk meletakkan DAP agar kelihatan serasi bukan sahaja dengan PKR malah adalah seiring dengan pemikiran PAS yang mahu menjenamakannya dengan slogan PAS For All (PAS untuk semua).

Kemasukan Zairil hanya drama DAP

Lantas apabila perwakilan dalam mesyuarat agung itu enggan merelakan seorang ahli Melayu pun dimasukkan di dalam senarai pemimpinnya, keputusan itu digodam untuk mengizinkan seorang anak Melayu, Zairil Khir Johari diselitkan dalam senarai.

Zairil adalah Allahyarham Khir Johari bekas pemimpin Umno. Imej beliau amat diperlukan untuk membayangkan betapa DAP juga adalah wadah yang sesuai untuk perjuangan politik orang Melayu.

Namun helah itu dapat dibaca oleh ahli Melayu DAP lain.

“DAP itu membohong. Mereka kata memperjuangkan 'multi-racial'. Hari-hari dulu telefon saya, wakil CM (Ketua Menteri Pulau Pinang) datang jumpa saya minta tolong masuk DAP.

“Akhirnya hanya Cina sahaja yang kawal. Mereka pergunakan orang Melayu untuk tampal sahaja untuk dapat sokongan. DAP memang parti Cina,” kata Aspan Alias yang menyertai DAP tahun lalu ketika demam pilihan raya memuncak.

“DAP hanya retorik, kononnya ada slogan untuk Bumiputera. Saya kecewa dengan DAP Pulau Pinang tiada langsung orang Melayu bertanding atas tiket DAP. Padahal dia laung dan ajak orang Melayu ke hulur hilir, tampal poster sana sini tapi tiada seorang pun. Begitu hina dia pandang orang Melayu. Itu yang saya bosan dan tidak dapat maafkan.

“DAP pandai main politik, mereka nak kuasa politik hingga sanggup belanja besar. Pulau Pinang negeri yang maju, isunya dah bagi MAIPP (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) dari RM10 juta kepada RM60 juta setahun. DAP bagi semua itu tapi yang penting politik dia mahu kawal. Itu DAP. Saya dah masuk DAP, jadi saya tahu,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana