Misuari buat hal... umat Islam Selatan Filipina jadi mangsa

Pemberontak yang menjadikan penduduk beberapa buah kampung di selatan Filipina sebagai tebusan menuntut pengantara asing bagi menamatkan pertempuran sejak Isnin dan mencari usaha damai.

Pemberontak pro Nur Misuari itu dikatakan mahu mengagalkan rundingan damai antara penduduk Mindanao dan kerajaan Filipina.

Ketegangan di wilayah berkenaan memuncak selepas pejuang MNLF menjadikan tebusan sebagai perisai manusia berhampiran bandar pelabuhan.

Bagaimanapun, pasukan tentera Filipina sudah mengepung kumpulan MNLF terbabit bersama tebusan mereka.

Beribu-ribu penduduk meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari perlindungan selepas pertempuran baru tercetus antara pasukan keselamatan Filipina dengan pemisah Islam di selatan Filipina, ketika pertempuran memasuki hari ketiga.

Sekurang-kurangnya 13,000 orang kini berlindung di Stadium Sukan Bandar Zamboanga, ketika askar dan pemberontak bertempur di jalanan kejiranan kawasan pantai berhampiran yang ditinggalkan.

“Kami berusaha sedaya upaya untuk menyediakan keperluan mereka,” kata pekerja sosial kerajaan Beth Dy, tetapi menambah stadium terbabit hanya mempunyai empat buah tandas mudah alih dan tiada tempat untuk tidur.
Beliau berkata kira-kira 5,000 penduduk dari enam kawasan yang terbabit pertempuran, tiba di situ sepanjang malam dengan sebahagian daripada mereka tidak mempunyai pilihan selain terpaksa mendirikan khemah di atas rumput.

Di kawasan penempatan di Santa Catalina, tiga kilometer dari stadium itu, anggota marin Filipina berbalas tembak dengan kumpulan lelaki bersenjata yang menjadikan 10 penduduk sebagai perisai manusia.

Seorang jurugambar sebuah agensi berita antarabangsa berkata, ada penduduk dilihat melambaikan bendera putih yang diikat pada sebatang kayu.
Orang ramai mula meninggalkan kawasan pertempuran seawal kelmarin, apabila kira-kira 180 gerila Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyerbu enam kejiranan di bandar Zamboanga sehingga mencetuskan pertempuran dengan askar dan polis.

Pegawai tempatan berkata semua enam kawasan terbabit menempatkan kira-kira 160,000 orang kebanyakannya beragama Islam. Seramai 180 penduduk digunakan sebagai ‘perisai manusia’ oleh kumpulan bersenjata terbabit.

Serbuan berlaku empat minggu selepas Nur Misuari mengisytiharkan ‘kemerdekaan’ ke atas ke atas wilayah berkenaan dan menggesa pengikutnya menyerang kemudahan kerajaan.

MNLF menamatkan pemberontakan 25 tahun dengan perjanjian damai pada 1996, tetapi kumpulan serpihan Misuari melancarkan serangan hampir sama di Zamboanga pada 2001, sehingga menyebabkan dia dipenjarakan hingga 2008, apabila semua dakwaan ke atasnya digugurkan.

Sejak itu Misuari menentang semua usaha damai kerajaan dengan kumpulan pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro dan berkata ia akan meminggirkan MNLF dan mengingkari terma perjanjian damai 1996.-AGENSI

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana