Menteri: Ada batu api bangkit perkauman

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh menyelar golongan tertentu yang menurutnya menjadi batu api dengan membangkitkan semangat perkauman dalam kejadian di SK Seri Pristana.

Mengulas isu kantin di bilik persalinan sekolah berkenaan, Idris dalam satu laporan Berita Harian berkata masyarakat sebaliknya perlu belajar untuk bermaaf-maafan dan bukannya menyemarakkan lagi semangat perkauman.

“Malaysia adalah negara berbilang bangsa dan kita patut menjadi masyarakat yang pemaaf. Jika ada salah silap, selesaikan cara Malaysia dan bukan diperbesarkan hingga tidak mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak.

“...Kejadian tidak diingini membabitkan guru dan pelajar berlainan kaum boleh berlaku, tetapi tidak sepatutnya dilihat dari sudut perkauman,” katanya lagi seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang didakwa bersikap sebagai batu api itu.

Beliau turut mengulas mengenai tentangan dari kumpulan pendesak pendidikan Cina Dong Zong ke atas Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang melanjutkan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah vernakular dari 180 jam kepada 240 jam seminggu.

Katanya kumpulan pendesak berkenaan perlu mamahami bahawa bahasa Melayu merupakan bahaasa kebangsaan yang perlu difahami oleh semua masyarakat.

“(Kerajaan) tidak ketepikan bahasa ibunda lain. Tetapi mereka kena faham asasnya bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, semua kena tahu dan fahami.

“Kalau tidak tahu bahasa Melayu, apakah bahasa yang boleh digunakan untuk bercakap dengan semua bangsa?,” soalnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana