MENGAMUK LANGGAR PAM MINYAK HABIS SETELAH TUNGGU TIGA JAM

Lokasi kejadian tajuk diatas dipercayai di Terengganu. Dikatakan salah seorang pengguna yang berang tiba-tiba hingga melanggar pam minyak akibat kehabisan minyak di stesen tersebut setelah lebih 3 jam menunggu giliran.

Pelik dengan tabiat orang Malaysia. Minyak baru naik 20sen dah berpusu-pusu serbu stesen minyak konon nak isi minyak sebelum naik harga. Cuma curious sikit pasal apa nak isi minyak malam ni sedangkan esok nak tak nak harga akan tetap naik juga. Berapa banyak sen yang boleh jimat??

Sementara nak menunggu selama 3jam tu pun dah membakar minyak bersamaan dengan RM5.00. Berapa yang setiap pengguna boleh berjimat jika hanya naik 20sen kepada RM2.10 untuk seliter minyak? Esok, lusa, tulat pengguna masih tetap membeli minyak yang sama dengan harga yang hanya beza 20sen sahaja.

Kelam kabut. Negara tak darurat lagi. Bertenang.

Walaubagaimanapun masih menunggu Najib menurunkan kembali harga minyak jika perang di Syria berakhir. Kami pun belajar ekonomi tapi kalau harga minyak turun mohon jasa baik kerajaan untuk turunkan sekali. Jangan terlalu membebankan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana