MELAYU DALAM KRISIS KEPIMPINAN...

Admin hanya sampaikan...kepada warga Malaysia....

Serangan demi serangan dilakukan secara licik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam bentuk seruan mahupun slogan sehingga mencabar institusi diraja, kedudukan agama Islam termasuk hak keistimewaan orang Melayu.

Ditambah lagi dengan ancaman krisis pegangan akidah oleh fahaman yang berlawanan dengan Islam seperti Syiah dan Kristianisasi.

Juga usaha tanpa henti Projek Pengamerikaan yang ingin melunturkan jatidiri bangsa Melayu berpegang dengan nilai agama Islam menjadi liberal.

Atas asas rasa cinta, setia dan penuh tanggungjawab kepada tanah air dan anak cucu bangsa Melayu, ISMA dengan kerjasama PEMBINA akan menganjurkan program "Simposium Mendepani Agenda Asing, Melayu dalam Krisis Kepimpinan" pada 28sept 2013 di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya.

>>Antara tokoh yang akan turut hadir untuk sesi dialog simposium ini ialah :

1. Ustaz Hj Abdullah Zaik Abd Rahman, SMT, Presiden ISMA

2. Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

3. S.S. Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Bin Haji Jaafar, Mufti Sabah

4. Puan Zaharah Sulaiman, Penulis Dan Pengkaji Sejarah Persatuan Arkeologi Malaysia
En. Mohd Nizam Mahshar, Ketua Pegawai Eksekutif MTEM

>>Juga turut menampilkan:

¤Ustaz Hj. Mohamad Ismail, Ketua Unit Kajian Syiah ISMA.

¤Ustaz Hj. Mohamad Hazizi Bin Ab Rahman , Penganalis Muslim Moderate dan Projek Pengamerikaan.

¤Ustaz Hj. Shaharuzzaman Bistamam, Pengkaji Ilmu Perbandingan Antara Agama

>>Antara tajuk-tajuk hangat dan menarik yang akan dibentangkan ialah:

¤Pendedahan Konspirasi Penghapusan Bangsa Melayu: Fokus Agenda Nam Tien

¤Agenda Perluasan Pengaruh Syiah: Ancaman Kepada Malaysia

¤Ancaman Globalisasi Ekonomi : Fokus AFTA & TPPA

¤Projek Pengamerikaan Ke atas Dunia Islam: Fokus Malaysia

¤Gerakan Mengkristiankan Malaysia: Satu Usaha Terancang

¤Sesi Dialog: Krisis Kepimpinan Melayu: Nasib Melayu Di tangan Siapa?

>>Simposium ini mensasarkan kehadiran seramai 1000 orang peserta. Ayuh! Segera daftarkan diri anda. Tempat adalah TERHAD!

>>Yuran Pendaftaran adalah seperti berikut:

Dewasa:
RM 50 (Bukan Ahli)
RM 40 (Ahli ISMA)

Pelajar:
RM30 (Bukan Ahli)
RM 25 (Ahli PEMBINA)

>>Cara-cara membuat pendaftaran adalah seperti berikut:

1. Online: Klik www.ancamanterhadapislam.com

2. SMS :
1. Taip: Nama<Jarak>No Telefon<Jarak>Dewasa/Pelajar<jarak>Ahli/Bukan Ahli <Jarak>Sudah Bayar/Belum Bayar ke 017-363 4348 ATAU 019-602 5272.

3. Email: Hantarkan email dengan butiran berikut: Nama - No Telefon - Kategori Peserta - Keahlian ke petugas_isma@yahoo.com.

4.Telefon ATAU Faks: Hubungi 03-8926 5424/5954 ATAU Faks ke 03-89261520, berserta butiran berikut: Nama - No Telefon - Kategori Peserta - Keahlian.

>>Nota: Bayaran hendaklah dibuat melalui Akaun Maybank Ikatan Muslimin Malaysia (5622 1820 1823) dan bukti pembayaran hendaklah dihantar ke email: petugas_isma@yahoo.com atau Faks ke: 03-8926 1520.

Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan Cik Anis Sakinah di talian: 03-8926 5424/5954.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana