MB tak wajar kaitkan agama dengan bola sepak - JATI

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dinasihatkan agar lebih bijak dalam membuat kiasan khususnya membabitkan elemen keagamaan supaya tidak dilihat seperti menghina Islam.

Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Mohd Aidit Ghazali berkata, sebagai peneraju dalam pentadbiran negeri, Khalid sewajarnya membuat kajian terperinci untuk mengetahui keutamaan dan keperluan sebelum membuat keputusan.

"Pertama sekali, Islam adalah agama negara dan agama negeri. Jadi jangan kita nak kiaskan contohnya Masjid dengan bola sepak atau apa, itu nanti akan membawa masyarakat untuk melihat kita sebagai menghina pertimbangan Islam.

"Dalam kita hendak melaksanakan apa pun tugasan, kita kena ambil perkara ini secara serius. Saya cukup kurang minat pada orang-orang yang boleh bergelak ketawa dan juga membuat kiasan yang tak bijaksana langsung dalam masa masyarakat begitu menuntut supaya kerajaan memelihara kepentingan mereka," katanya kepada Antarapos.

Khalid yang sebelum ini dikritik Pemuda PAS Selangor ekoran kekurangan penajaan terhadap sukan bola sepak kemudiannya memberi jawapan balas kepada rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) itu supaya memilih antara 'bola sepak' atau 'masjid'.

"Saya dapati jumlah peruntukan yang diberikan, kalau rakan-rakan Pemuda PAS berminat (hendak tahu), tiap-tiap tahun kita mempunyai peruntukan untuk membiayai bola sepak melebihi pembinaan satu masjid.

"Bererti tiap-tiap tahun kita guna melebihi RM7 juta. Maknanya, adakah (Pemuda) PAS berminat untuk kita buat masjid atau pun menggalakkan bola sepak?," petik jawapan yang diberikan Khalid.

Berikutan perbandingan yang dilontarkan Khalid itu, beberapa pihak mengecam beliau. Antaranya Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman yang meminta Khalid memberi penumpuan terhadap kedua-duanya, iaitu sukan dan agama.

Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dalam laman mikro twitternya turut menyindir Khalid, ekoran dari kata dua yang diberikan Menteri Besar itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana