Lelaki Maut Setelah Ragut Beg Tangan Wanita

KUALA LUMPUR 16 Sept - Seorang peragut maut selepas dia dan rakannya meragut beg tangan seorang wanita di kawasan tempat letak kereta di Flat Taman Megah, Cheras.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, Suspek meninggal selepas dibawa ke Hospital Kajang sementara rakannya berjaya melarikan diri bersama kereta mangsa.

"Kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi tadi apabila mereka yang menunggang motosikal meragut seorang wanita berumur 32 yang baharu pulang dari kerja.

"Mangsa kemudiannya bertindak mengejar suspek dengan keretanya sejauh kira-kira 100 meter sehingga tiba di sebuah persimpangan lampu isyarat di Taman Cheras Perdana," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau menjelaskan, pembonceng motosikal itu pada masa sama bertindak membaling topi keledarnya ke arah mangsa membuatkan motosikal yang ditunggang rakannya hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan.

Katanya, kedua-dua suspek yang berusia 30-an itu terjatuh dari motosikal mereka dan turut mengakibatkan tangan pemboncengnya tersepit pada tayar kereta mangsa.

"Tangannya berjaya dikeluarkan oleh mangsa dengan bantuan orang ramai. Namun kesempatan ini digunakan pula si pembonceng tadi untuk melarikan kereta mangsa yang enjinnya masih hidup serta meninggalkan rakannya serta beg tangan mangsa di situ," katanya.

Ab Rashid berkata, penunggang motosikal itu yang cedera dibawa ke Hospital Kajang tetapi meninggal di hospital.

Tambahnya, suspek yang mati mempunyai tiga rekod jenayah sementara suspek yang melarikan diri itu sedang diburu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana