‘Lebih baik saya berdiam diri’

Kuala Lumpur: “Saya hanya akan cakap apabila perkara ini betul-betul terjadi,” kata Almy Nadia menjawab kenyataan diberikan Fizz Fairuz yang mengakui untuk mengahwininya tahun depan.

Menurut laporan sebuah blog, Fizz mengaku sudah menemukan Almy dengan ibunya minggu lalu, malah akan kerap bertemu selepas ini bagi membincangkan persiapan perkahwinan mereka.

Dalam kenyataan yang diberikan ketika sidang media bootcamp Liga Lawak Superstars di Hulu Langat kelmarin, Fizz menjelaskan belum bertemu keluarga Almy, tetapi akan ke Pulau Pinang untuk berjumpa bakal mentuanya itu selain turut memaklumkan akan terus berkahwin tanpa mengikat tali pertunangan.

Ketika dihubungi semalam, Almy bertegas tidak mahu beri apa-apa komen kerana perlu menjaga hati banyak pihak. “

Saya hanya tahu perkara ini selepas ramai kenalan wartawan menghubungi saya sejak pagi tadi (semalam). Insya-Allah saya akan beri kenyataan apabila tiba waktunya nanti, buat masa sekarang berdiam adalah jalan terbaik dan paling selamat.

“Saya faham tugas wartawan, tetapi maaf saya perlu bersikap adil kepada semua. Pengalaman lalu banyak mengajar saya supaya jangan terlalu terbuka. Bimbang nanti timbul cerita serta persepsi bukan-bukan seperti yang berlaku dulu. Saya tidak mahu ulang lagi kesilapan lalu apabila ramai yang terluka dan berkecil hati.

“Lagipun saya ada keluarga yang perlu dijaga air mukanya dan biar saja Fizz yang bersuara,” katanya.

Almy dan Fizz bercinta selama tujuh tahun, tetapi hubungan mereka renggang pada 2012 selepas Fizz meraih Anugerah Pelakon Lelaki TV Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular 2011. Ketika itu Fizz mengakui hubungannya dengan Almy masih baik sedangkan Almy pula mengeluarkan kenyataan tidak tahu menahu niat Fizz mahu mengahwininya kerana hubungan mereka sebenarnya bagaikan retak menanti belah, malah Fizz sudah lama tidak menghubunginya.

Industri hiburan tanah air kemudian dikejutkan dengan berita pertunangan Fizz dengan Azlyn Massiela Mohd Nazar pada 10 Februari 2012 dan putus tunang tidak lama selepas itu berikutan pendedahan wanita berkenaan dikatakan isteri orang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana