Lagi...tibai cadangan Anwar...kalau nak bincang bawa ke Parlimen

Cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kerajaan segera adakan dailog terbuka mengenai isu-isu nasional dengan pihak pembangkang nampaknya tidak mendapat sambutan langsung dari kalangan pimpinan Barisan Nasional.

Terbaru,Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang turut meragui motif cadangan yang dibuat Ketua Pembankang itu dalam perutusan Hari Merdekanya tegas berkata jika nak bincang beliau perlu membawa perkara ini ke Parlimen.

Menteri Wilayah Persekutuan itu turut mempersoalkan mengapa sekarang nak bincang setelah pembangkang mempertikaikan keputusan pilihan raya dan mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya.

Katanya  tiada sebarang 'isu-isu kebangsaan' yang perlu dibincangkan antara pembangkang dan kerajaan.

"Segala-galanya semata-mata tentang politik dan jika beliau mahu berbincang, beliau perlu membawa perkara ini ke Parlimen,"katanya pada wartawan selepas satu majlis di Putrajaya Sabtu.

Beliau diminta mengulas cadangan Anwar sebagai mengajak kerajaan berdialog untuk membincangkan isu kebangsaan yang perlu ditangani bersama pembangkang atas semangat merdeka.

Sambil mempertikaikan cadangan Anwar itu, Tengku Adnan berkata pembangkang tidak pernah ikhlas dalam setiap perbuatan dan perkataan mereka.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz juga senda dengan tengku Adnan mencadangkan supaya Anwar membawa usul mengenai dialog isu kebangsaan ke persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.

Dengan itu, katanya perbincangan itu dapat dilakukan secara telus dan terbuka oleh semua pihak malah dapat disampaikan terus kepada rakyat.

"Apa sahaja perkara yang hendak dibincang, dirunding, (kita) bawa dalam Parlimen sebab kita kena telus tentang perkara ini supaya rakyat tahu," katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur.

Nazri berkata beliau hanya bersetuju sesi dialog itu diadakan jika Anggota Parlimen Permatang Pauh itu mahu berbuat demikian secara jujur dengan kerajaan.

Namun, beliau berpendapat Anwar membuat keputusan itu setelah mendapati pengaruhnya semakin tergugat.

Ditanya mengenai Anwar yang masih tidak mahu menerima persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) selagi pengerusi dan timbalan pengerusinya tidak meletak jawatan, Mohamed Nazri berkata permintaan ketua pembangkang itu menunjukkan hakikat sebenar bahawa beliau tidak mahu sebarang rundingan.

Mengulas mengenai dakwaan 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh dibawa masuk pada pilihan raya umum lepas, beliau berkata sehingga kini tiada satu pun petisyen yang dihantar Anwar ke mahkamah berkenaan isu itu.

Nazri berkata Anwar seharusnya menggunakan pendekatan persidangan di Parlimen sebagai langkah terbaik untuk berbincang kerana ia meliputi semua pihak agar rakyat dapat melihat keadaan yang berlaku tanpa menyembunyikan fakta sebenar.

Bekas Ketua Menteri Melaka  Datuk Seri Ali Rustam berkata Barisan Nasional (BN) tidak perlu melayan hasrat Anwar untuk bertemu bagi membincangkan beberapa perkara membabitkan kepentingan rakyat dan negara.

Katanya rakyat telah memilih BN sebagai kerajaan melalui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk berkhidmat kepada mereka.

Beliau juga sepandapat dengan Tengku Adnan dan Nazri bahawa pembangkang sebaliknya boleh menyuarakan sebarang isu membabitkan kepentingan rakyat dan negara di Parlimen untuk dibahas dan diputuskan oleh Ahli Parlimen.

Ali juga melihat usaha Anwar itu bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap pembohongan parti tersebut pada PRU13 lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana