Kuman BN di seberang nampak tapi rabun dosa PR di depan mata...

Bayangkan reaksi pembangkang jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan seluruh jemaah menteri terbang ke Eropah untuk pemukiman atau “retreat”.

Bayangkan juga reaksi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain Pakatan Rakyat jika Najib atau menteri memberi alasan pemukiman itu perlu untuk memberi fokus penuh kepada perbincangan yang diadakan.

Tentunya mereka akan “kendurikan” Perdana Menteri dan seluruh BN dengan tuduhan lawatan sebegitu membazir dan membuang waktu.

Jadi agak mengejutkan Anwar, Lim Kit Siang dan Abdul Hadi Awang bungkam dan kelu seribu bahasa untuk mengulas pemukiman Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exconya ke Bangkok baru-baru ini.

Alasan pemukiman berbeza-beza

Apakah tujuan pemukiman itu? Khalid dan barisan Exconya memberikan alasan yang berbeza-beza.

Menurut Khalid, pemukiman itu bertujuan membincangkan pelan tindakan lima tahun bagi pembangunan sosio ekonomi rakyat Selangor.

Wah..jauh berjalan sampai ke Bangkok untuk berbincang bagaimana nak membantu rakyat miskin Selangor.

Exco Hal Ehwal Islam Selangor Sallehin Mukhyi pula berkata pemukiman itu bagi melihat secara dekat latar belakang operasi syarikat yang ingin melabur di Selangor.

Mungkinkah ini bermakna pemukiman di luar negara akan menjadi perkara lumrah bagi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana negeri itu adalah destinasi pelaburan utama pelabur asing di Malaysia?.

Lebih mengejutkan ialah penjelasan yang ditawarkan oleh rakan Exco Sallehin, Dr Daroyah Alwi.

Beliau menegaskan pemukiman di Bangkok memang perlu “untuk kita tumpukan apa yang kita bincang. Kalau duduk di sini, akan ada banyak gangguan.. ada yang tidak hadir."

Adakah Exco Wanita penggal pertama ini mahu mengesahkan bahawa di kalangan ahli exco ada yang boleh disifatkan “kaki ponteng”?

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Teng Chang Khim pula mendakwa pemukiman itu bukan percutian tetapi tempoh sibuk untuk exco kerajaan negeri mengatur strategi membangunkan Selangor.

Persoalan asas adalah kenapa “brain storming” atau pemukiman terpaksa di adakan di seberang laut ?

Apakah tumpuan atau fokus ahli Exco akan berkurangan jika ia diadakan di Selangor, jika bukan di Shah Alam, maka di kawasan peranginan seperti Morib atau destinasi tempatan lain?  

Pemukiman guna dana awam tidak salah ?

Daroyah akur bahawa dana awam digunakan untuk pemukiman itu namun berkata ia tidak menyalahi undang-undang.

Bagaimana pula dari segi tanggungjawab moral Khalid dan exconya haruslah memastikan dana awam digunakan secara berhemah. Tidak gusarkah Daroyah bahawa tindakan ini mungkin menyalahi konsep ketelusan yang melahirkan Selcat?

Khalid dan exco-exconya termasuk Daroyah harus akur bahawa rakyat memberikan semula mandat kepada Pakatan Rakyat kerana belum cukup yakin dengan jaminan-jaminan Barisan Nasional bahawa penyelewengan lalu tidak akan berulang.

Episod lawatan mantan Menteri Besar Khir Toyo ke Disneyland dan pelaburan yang mencurigai di Arab Saudi yang didedahkan menerusi sesi SELCAT harus menjadi iktibar kepada Khalid dan barisan Exconya.

Percubaan mereka mempertahankan “percutian” ke Bangkok yang menggunakan wang rakyat adalah salah dan ya, tidak bermoral.

Mungkin selesa dengan kemenangan majoriti dua pertiga pada PRU lalu, maka Khalid dan exco lain merasai mereka tidak perlu memberi penjelasan mengenai pemukiman di luar negara itu.

Namun tidak semua Melayu pengundi Selangor mudah lupa apabila pilihan raya umum ke-14 tiba 56 bulan lagi.

Khalid harus kikis tabiat buruknya
Khalid harus membuang tabiat boros dan meremehkan isu apabila sesuatu penjelasan dituntut daripadanya.

Sehingga sekarang beliau tidak memberikan perincian mengenai perbelanjaan pemukiman di Bangkok itu atau bagaimana ia bakal memanfaatkan negeri ini.

Lebih mendukacitakan pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan seperti Anwar, Hadi dan Kit Siang memilih untuk membisu sekali lagi dengan tindakan Khalid.

Perlu diingatkan bahawa sebelum ini Khalid juga pernah membelakangi janji Pakatan Rakyat apabila memutuskan bahawa barisan Exco kerajaan negeri tidak perlu mengisytiharkan harta mereka.

Rupa-rupanya ketelusan yang disuarakan adalah hanya untuk orang lain dan bukannya ditujukan pada diri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana