Ku Li tak hantar borang tanding Presiden...

SHAH ALAM -  Borang pencalonan bagi jawatan Presiden Umno telah diisi namun akhirnya tidak jadi dihantar setelah mendengar denyut nadi akar umbi.

Nama yang disebut-sebut bakal mencabar jawatan disandang Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Razaleigh Hamzah sah tidak bertanding apabila tidak menghantar borang pencalonan sehingga jam 5 petang, hari ini.

Ahli Parlimen Gua Musang itu dikatakan sudah siap mengisi borang pencalonan tersebut namun ianya tidak dihantar.

Menurut kenyataan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li yang dipetik dari Agendadaily menyebut, berdasarkan penelitian selama tiga minggu, beliau merasakan ahli-ahli Umno akar umbi mahu terus mengekalkan kepimpinan sedia ada.

"Beliau menghormati kehendak tersebut dan tidak mahu mencabar jawatan yang disandang oleh Datuk Seri Najib Razak," kata pegawai khasnya, Lukman Ghani.

Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing kekal menyandang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno apabila tiada pencalonan lain sehingga proses penyerahan borang ditutup jam 5 petang tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana