KESIAN..... SAMAD SAID HERO MALAYA LAH....... KONONNYA...PORAHHH

Lain kali...elok sangat polis hampar permaidani merah dan sediakan kumpulan kompang bila saja hendak bawa Datuk A Samad Said untuk disoal siasat sesuatu kes.

Hebat..Sasterawan Negara yang tiru penampilan Ho Chi Minh ini.

Setelah turut serta dalam ' acara' kibar bendera Sang Saka Malaya di Dataran Merdeka pada malam ambang Merdeka yang dianggap cuba mencemar kehormatan bendera Jalur Gemilang...beliau kini hendak diangkat oleh puak pembangkang sebagai 'Hero Malaya'.

Samad boleh goyang kaki kerana pembangkang akan sentiasa berkejar untuk backing beliau atas nawaitu politik.

Heboh sepanjang Rabu dengan tweet dan kenyataan bos-bos pembangkang menghentam polis kerana mengheret orang tua ini untuk bantu siasatan kes bendera itu.

Bagi mereka polis tak hormat seorang berstatus Sasterawan Negara dan soal siasat itu patut dibuat pada siang hari.

Sebelum itu dua yang lain Hishamuddin Rais dan Adam Adli turut disiasat dibawah Akta Hasutan kerana kes itu.

Samad hanya disoalsiasat dua jam sahaja dari jam 12.30 pagi sampai 2.30 pagi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim kata tindakan polis 'biadap' dan Menteri Dalam Negeri patut minta maaf.

Datuk Ambiga sudah letak Samad yang aktif dalam Bersih dengannya pada status seorang hero.

Otai DAP Lim Kit Siang pun turut berkokok kutuk polis.

Ada yang bertanya bukankah orang tua itu juga steady berembun bersengkang mata tampil waktu tengah malam pada malam ambang Merdeka di Dataran Merdeka untuk menyertai Hishamuddin dan Adam di situ.

Samad baca sajak lagi di situ.

Rupanya ada orang yang buat-buat lupa.

Ini soal kenegaraan jadi apa kaitan Samad tua atau muda.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang diminta mengulas hal ini selepas mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra berkata polis bukan humban Samad ke dalam penjara tapi cuma hanya ambil keterangan saja.

Lagipun,katanya kejadian kibar bendera Sang Saka Malaya yang melibatkan Sasterawan Negara itu sendiri berlaku waktu tengah malam.

Seorang pembaca yang telefon Agendadaily kerana marah melihat gelagat pembangkang dalam isu ini dengan nada geram kata ,"tengah malam dia boleh susah payah buat hal di Dataran Merdeka...polis nak panggil siasat tengah malam nak dipersoalkan.Ini sudah mengada sangat."

Katanya kalau merasa tua sangat dan perlu dibelai mesra kenapa Samad sanggup keluar tengah malam ke Dataran Merdeka.

Baginya tiada penghormatan perlu diberi kepada orang yang nak cemar bendera rasmi negara.

Seorang pembaca lain tidak nampak apa sumbangan Samad kepada negara sampai hendak diangkat sebagai seorang hero.

"Satu novel saja (Salina) tak cukup...dia ingat dengan tunjuk aksi ikut demonstrasi dan buat hal-hal begini sudah hebat boleh jadi hero,"katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur ACP Zainuddin Ahmad dilapor berkata adalah menjadi bidang kuasa polis boleh menangkap Samad pada bila-bila masa.

Beliau meminta semua pihak fahami bidang tugas polis dan tidak perlu sibuk-sibuk nak persoalkan mengenai masa tangkapan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana