KESAN PENCEMARAN AIR DI SELANGOR....TUNDING JARI KEPADA PUSAT JER?

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menggunakan sistem Pemantauan Air Mentah di Muka Sauk Loji Rawatan Air (LRA) kendaliannya bagi mengelak berlaku pencemaran terhadap bekalan air terawat.

Pengarah Urusan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd., Datuk Syed Danial Syed Ariffin berkata, sistem tersebut berfungsi untuk mengawal kualiti air dan mengesan kehadiran sebarang pencemaran lebih awal dalam jarak empat kilometer atau empat hingga lima jam sebelum sumber air mentah masuk ke LRA.

Jumaat lalu, beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terjejas bekalan air ekoran LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan LRA Rantau Panjang terpaksa dihentikan tugas apabila Sungai Selangor yang menjadi sumber air loji-loji berkenaan dicemari oleh tumpahan minyak diesel.Syed Danial memaklumkan, gangguan bekalan air sejak Sabtu lalu sudah pulih 100 peratus dan kawasan terjejas mula menerima sumber air secara berperingkat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana