Kerajaan Tetap Komited Bela Nasib OKU...Inilah Rakyat Mahukan

HULU TERENGGANU- Kerajaan begitu komited dalam membela nasib Orang Kurang Upaya (OKU) dengan menjadikannya antara agenda penting negara.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, antara agenda itu ialah transformasi perkhidmatan kebajikan melalui program Karisma selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan.

“Golongan sasar Karisma yang menerima perkhidmatan kerajaan akan digalakkan berusaha gigih untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan mampu hidup berdikari,” katanya.

Beliau berucap pada program Pendaftaran OKU 1Malaysia dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Hulu Terengganu di sini hari Khamis.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah Jabatan Pembangunan OKU Adnan Abu Bakar dan Pengarah JKM negeri Terengganu Zuhami Omar.

Jailani yang merupakan Anggota Parlimen Hulu Terngganu berkata, sebagai bukti komitmen kerajaan kepada rakyat, sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan setiap tahun bagi program Karisma di mana kumpulan sasarnya meliputi golongan OKU.

- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana