Kerajaan Negeri boleh bertindak terhadap penyebar fahaman Syiah

Semua kerajaan negeri boleh mengambil tindakan terhadap penyebar fahaman syiah tanpa perlu menunggu undang-undang baharu digubal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata undang-undang syariah sedia ada di setiap negeri sudah mencukupi untuk mendakwa mereka yang terbabit di Mahkamah Syariah.

"Undang-undang yang ada sudah mencukupi, cuma tindakan tidak diambil dengan serta merta," katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APPM) Daerah Maritim 10 Tok Bali di Pasir Putih Isnin.

Bdernama melaporkan Shahidan ditanya sama ada undang-undang baharu perlu digubal untuk membendung penyebaran fahaman syiah yang dilapor semakin membimbangkan di negara ini.

Menteri itu menjelaskan semua perkara berkaitan agama terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan mereka boleh mengambil tindakan sewajarnya.

"Ini termasuk mendakwa mereka yang tidak mempunyai permit mengajar agama dari pejabat-pejabat agama di setiap negeri," katanya.

Beliau menegaskan apa yang perlu ditekankan sekarang ialah aspek penguatkuasaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana