Kenyataan Mat Sabu yg memualkan. Mat Sabu akui pemimpin PAS cuba jatuhkan beliau dengan isu Syiah.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menegaskan pertandingan yang diadakan di dalam parti itu bertujuan untuk memilih bukan cara untuk menyingkirkan pemimpin.

Menurutnya, pertandingan itu sepatutnya djadikan platform untuk menilai bukannya melabelkan pemimpin parti.

Beliau juga berkata, jika perkara itu terus berlaku masa depan Pas akan menjadi kabur.

"Ini trendnya dan saya hairan bagaimana ia muncul.

"Jika tidak ditangani dengan baik dalam masa terdekat kita bimbang masa depan Pas yang dilihat cemerlang sekarang ini akan kabur di masa depan," katanya yang dipetik dalam The Malaysia Insider.

Dalam pada itu, Mohamad juga berkata, perkara itu semakin menular dan menjadi penyakit di dalam parti seperti yang terjadi kepada Umno pada 1980 di mana parti itu melabelkan pemimpin dengan gelaran komunis.

Ketika itu, katanya, sudah disebut di kalangan pimpinan dan ahli PAS orang ini layak memimpin, orang ini tidak layak, malah label juga diberikan kepada kepimpinan parti.

"Untuk menjatuhkan sesaorang pemimpin PAS, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal," katanya.

"Abdullah Ahmad, Abdullah Majid dan Samad Ismail dilebelkan sebagai komunis. Tun Dr Mahathir pun nyaris ditangkap oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Ghazali Shafie," katanya.

Muktamar Pas ke-59 akan bermula pada 22 November depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana