Kemalangan bas: Pengusaha perlu bertanggungjawab - SPAD

KUALA LUMPUR 12 Sept - Pengusaha bas tidak boleh lepas tangan terhadap kejadian kemalangan yang membabitkan pemandu mereka.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, adalah menjadi tanggungjawab pengusaha untuk memastikan bahawa pemandu yang mereka ambil boleh memandu dengan selamat atau tidak.

"Bila ada kejadian banyak persoalan ditujukan kepada SPAD . SPAD tidak boleh jaga pemandu. Kita boleh sediakan prosedur yang perlu diikuti oleh pengusaha bas termasuk sama ada pemandu itu sihat dan boleh memandu.

"Kita tentukan pengusaha yang berdepan dengan situasi itu perlu bersikap tegas. Kurangkan kemalangan dan kecelakaan," kata Syed Hamid di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian kemalangan terbaharu yang membabitkan dua buah bas ekspres, sebuah treler dan sebuah kereta di Kilometer 31.5, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, selepas terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara semalam.

Syed Hamid berkata, SPAD akan menghantar notis tunjuk sebab kepada syarikat terbabit.

Beliau ditemui selepas mengedarkan risalah kempen kesedaran mengenai pengunaan meter teksi di Jalan Bukit Bintang di sini hari ini.

Kempen itu dilakukan bersama Persatuan Pelancongan Bukit Bintang KLCC (BBKLCC).

Dalam operasi bersepadu SPAD bersama-sama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan di sekitar Bukit Bintang baru-baru ini seramai 35 orang pemandu teksi didapati tidak menggunakan meter sementara enam lagi ditahan kerana mengenakan caj berlebihan.

Mengikut seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, pemandu teksi jika didapati bersalah kerana tidak menggunalan meter boleh didenda RM1,000 hingga RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengikut akta yang sama, seksyen 75, bagi kesalahan mengenakan tambang berlebihan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada majlis itu, turut dilancarkan aplikasi mobile mySPAD yang memudahkan pengguna mendapatkan maklumat berkaitan pengangkutan awam di Semenanjung Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana