Kelemahan pengurusan Anwar makin menyerlah

Fasa kedua isu mengapa PKR secara rasminya mahu meletakkan Setiausaha Agungnya, Datuk saifuddin Nasution Ismail sebagai Ketua Staf di Pejabat Menteri Besar Selangor dikatakan sudah bermula.

Seperti yang dapat diperhatikan memang menjadi bunga silat politik Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa beliau tidak akan menolak dan menyanggah arahan sesiapa sahaja yang menjadi ketuanya, termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun ini tidak bererti beliau akan laksanakan semua butir arahan tanpa menunjukkan protesnya secara senyap. Dalam kes ini beberapa pemimpin parti PKR Selangor mahu perubahan dilakukan dalam struktur organisasi pejabat Menteri Besar.

Asas tuntutan mereka pendamping Khalid adalah terdiri daripada wanita-wanita yang bukan sahaja tiada 'locus standi' atau hak dalam PKR malah bertindak bersilang dengan aspirasi parti. Pusar ketidakpuasan hati mereka ialah Setiausaha Politik, Faekah Husin.

Lantas secara rasminya pada Kongres PKR Mei lalu, Anwar dengan yakin melepaskan ayam tambatannya, Saifuddin Nasution, untuk menjadi pegawai perhubungan politik Khalid dan parti. Khalid tidak sedikitpun membantah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana