Kedudukan MNLF semakin goyah - Askar Filipina tawan semula kawasan daripada pemisah

Zamboanga: Tentera Filipina berjaya menawan semula sebahagian kawasan daripada pemisah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) semalam selepas pelan gencatan senjata menamatkan krisis menemui kegagalan.

Tentera cuba mengakhiri drama keganasan terbaru puak pimpinan Nur Misuari itu selepas mengepung pemisah selama seminggu yang menyebabkan hampir 100 maut selain beribu-ribu penduduk terpaksa lari atau dipindahkan.

Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala memberitahu, sejumlah pemisah MNLF menyerah diri dan ada yang ditangkap ketika cuba lari dengan pakaian biasa.

“Kami berjaya menguasai semula kawasan. Pihak tentera akan terus mara,” katanya.

Admin ingin mengatakan kepada Tian Chua adakah ini satu sandiwara?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana