KAnak Kanak DIAjar Membenci Pemimpin Negara....KErajaan Harus Bertindak Tegas Sebelum Parah

KAMPUNG RAJA -  Adun Kawasan Kota Putera, Mohd Mahdi Musa kesal apabila ada kanak-kanak seumur 5  tahun sudah pandai  melabelkan pemimpin tertinggi  negara sebagai jahat.

Menurut Mohd Mahdi, beliau mendengar sendiri kanak-kanak tersebut mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak jahat.

“Saya macam tidak percaya perkataan sebegitu keluar daripada mulut seorang kanak-kanak  dalam usia sedemikian sekiranya  tidak diajarkan oleh pihak tertentu atau ibu bapanya,” katanya.

Mohd Mahhdi berkata, beliau percaya kanak-kanak yang belum mengerti mengenai politik itu telah diajar
membenci Perdana Menteri kerana kemungkinan orang yang mengajarnya adalah golongan yang membenci kerajaan.

Namun beliau tidak mahu mendedahkan bila dan di mana kanak-kanak itu berkata demikian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana