Kalimah Allah: Persekutuan Krisitian bidas Jakim...Jangan Menjadi BErsikap Kurang Ajar

PETALING JAYA: Persekutuan Kristian Malaysia (CFG) membidas apa yang dilihatnya sebagai tindakan keterlaluan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertahankan kalimah Allah daripada dipakai oleh bukan Muslim di negara ini.

Pengerusi badan itu Eu Hong Seng berkata kerajaan harus membendung Jakim daripada bertindak tidak adil bersabit isu itu.

“Janganlah Jakim dibenar menjadi suara tunggal yang mewakili kerajaan kerana hakikatnya ialah kerajaan mewakili rakyat pelbagai kaum dan agama,” kata beliau.

Jumaat lalu, Jakim menerusi khutbah solatnya menggesa umat mengambil tindakan sesuai untuk melindungi kesucian kalimah Allah.

Esok Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan kerajaan dan enam jabatan agama negeri untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar Krisitian The Herald menggunakan kalimah itu.

“CFM menggesa kerajaan Malaysia untuk mendokong kebebasan agama di negara ini,” kata Eu dalam satu kenyataan.

Eu berkata menegur Jakim dan beberapa pihak lain bertindak secara emosi mengenai penggunaan kalimah dan menegaskan bahawa “tindakan kerajaan berpeluk tubuh adalah membimbangkan".

Eu sekali lagi mempertahankan hak penganut Krisitian untuk menggunakan kalimah Allah yang menurut beliau adalah amalan biasa di negara-negara lain.

Beliau mendakwa hampir 60 peratus daripada 2.6 juta penganut Krisitian di Malaysia menggunakan kalimah Allah sebelum ini tanpa masalah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana