Jangan dolak-dalih, segera umum Kabinet bayangan - Khairy

Pakatan pembangkang dicabar supaya segera menamakan Kabinet bayangan mereka, tidak perlu lagi berdolak-dalih setelah desakan Barisan Nasional (BN) sejak daripada dahulu lagi langsung tidak diendahkan.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa keperluan itu perlu disegerakan sebagai komponen terpenting membuktikan kesediaan mereka menjadi kerajaan, sekali gus sebagai menghormati desakan yang datang daripada kalangan pemimpin pembangkang sendiri.

"Saya amat setuju dengan desakan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan, kerana perkara ini sebenarnya bukan baharu tetapi telah dicabar oleh BN sejak begitu lama sekiranya mereka rasa bersedia untuk menjadi 'kerajaan'.

"Sekali lagi kita cabar namakan Kabinet bayangan, kali ini benda ini datang daripada mereka, bukan lagi daripada kita. Jangan berdolak-dalih, segera namakan dalam masa terdekat," katanya yang juga Menteri Belia dan Sukan kepada pemberita selepas merasmikan Liga Sukan Komuniti peringkat Sabah, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas itu dalam wawancara dengan The Star Online hari ini mengenai impiannya untuk melihat pakatan pembangkang mempunyai barisan Kabinet bayangan bagi membuktikan kepada rakyat persediaan mereka sebagai kerajaan menunggu dan tidak sekadar menjadi pengkritik tetap setiap dasar kerajaan.

Tambah Khairy, pakatan pembangkang perlu lebih bertanggungjawab kerana mengikut sistem demokrasi westminster yang diamalkan negara ini, sama seperti England yang sememangnya pembangkang mereka mempunyai Kabinet bayangan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana