Isu kuil: Menteri datang dengan niat baik...ada yang buat kecoh

Niat baik Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor melawat dan hendak beri penjelaskan kedudukan sebenar isu Kuil Muneswarar di Jalan P Ramlee,Kuala Lumpur tengahari Isnin dibalas oleh perbuatan biadap sekumpulan kecil yang dipercayai didalangi pembangkang.

Kekecohan kecil berlaku bila kumpulan itu menjerit-jerit,menengking dan ganggu semasa menteri itu sedang bercakap.

Ini membuatkan Tengku Adnan hilang sabar dan sergah mereka balik.

Semasa kekecohan itu kalangan wartawan dan jurugambar juga kena tolak dan ditengking.

Menteri itu membuat lawatan berkenaan ekoran kontroversi usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  hendak merobohkann bahagian kantin kuil berkenaan yang dibina secara haram atas tanah rezab jalan.

Seramai 10 orang ditahan polis dalam kejadian Ahad.

Beliau turut tunjuk surat arahan mahkamah  agar kuil itu dirobohkan.

Namun kata Tengku Adnan kerajaan guna budi bicara tidak merobohkan kuil berkenaan.

"Kami tak akan sentuh dewa-dewa dalam kuil itu.Kami hanya hendak robohkan kantin untuk mencantikannya.Disamping itu kiami akan lengkapkannya dengan kemudahan asas seperti air dan sebagainya,'kata beliau kepada wartawan.

Kuil berkenan yang sudah lama dibina itu ' semakin membesar dari tahun ke tahun.Malah pengaja kuil dikatakan kaut untung dengan menyewakan kantin berkenaan  RM3,000 sebulan.

Tawaran telah dibuat oleh pemilik tanah untuk pindahkan kuil itu dan semua kos dibiayai namun ditolak mentah-mentah oleh pengurusan kuil.

Selepas Tengku Adnan dan pegawai-pegawai mDBKL balik Ahli Parlimen PKR Padang Serai N Surendran dan Ahli Parlimen PKR Subang Sivarasa pula datang adakan sidang akhbar.

Mereka antara lain senang kata soal kantin kuil itu terletak atas rezab jalan adalah tidak relevan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana