Ismail Mina Balun Anwar Kaw Kaw...Anwar tak layak wakili umat Islam Malaysia

SHAH ALAM: Anwar Ibrahim dilihat tidak layak untuk mewakili umat Islam negara ini ke dialog peringkat tertinggi antara pemimpin Islam, Kristian dan agama lain di Sepanyol kerana beliau hanya pemimpin politik pembangkang.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina menyelar Anwar dengan menyifatkan pemimpin pembangkang itu sebagai pemimpin yang sekular dan liberal dalam Islam.

"Di Malaysia dia tidak dikenali sebagai seorang (tokoh) agama, tapi dia dikenali sebagai seorang ahli politik sekular, maka local standi tidak ada untuk mewakili orang Islam Malaysia.
"Kita perlu tegaskan dia seorang ahli politik sekular bukan seorang ahli agama. Kalau dia jemput Ustaz Hadi Awang Presiden PAS mungkin ada logik, tapi bila jemput Anwar Ibrahim itu tidak logik," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, beliau menyifatkan penganjur dialog itu mempunyai agenda tersembunyi yang ingin disampaikan kepada mereka yang beragama Islam di negara ini melalui Anwar Ibrahim.

Ismail Mina juga menambah, Anwar turut dilihat menggunakan kesempatan yang ada untuk menonjolkan diri beliau ke mata dunia sebagai seorang yang mengamalkan toleransi kepada semua agama.

"Agenda tersembunyi golongan zionis kristian untuk meliberalkan sikap agama orang Islam, sebab itu dia panggil orang liberal dan pluralis seperti Anwar.

"Kalau nak lihat dari agenda Anwar itu pun betul, dia punya agenda untuk tunjukkan kepada dunia bahawa dia ini cukup toleran kepada semua agama, dia nak promosi diri dia sebagai seorang yang cukup bertoleransi kepada semua agama," ujarnya.

Anwar menjelaskan kepada penyokong Pakatan Rakyat mengenai pertemuannya dengan Pope Francis I di Rom yang akan diadakan kelak sebagai satu pertemuan untuk membincangkan isu agama.

Tindakan itu dibuat di dalam satu ceramah di Kubang Semang, Pulau Pinang semalam bagi mengelakkan kontroversi politik dalam negara.

Namun, menurut Ismail Mina, jika Anwar menghadiri sesis dialog itu, ianya hanyalah satu tindakan yang akan merosakkan institusi Islam negara memandangkan individu itu terkenal dengan perjuangan liberal dan juga pluralismenya.

"Jadi adalah satu kesilapan besar bahawa penganjur itu menjemput Anwar untuk memberi seorang liberal dan pluralis dijemput dan sudah pasti bahawa penganjur beliau sebagi seorang Islam yang dikenali akan memberi endorsement tentang agenda mereka.

"Sepatutnya dialog diantara penganut agama, mestilah orang Islam ini benar-benar diwakili oleh orang yang betul-betul mahir agama, bukan orang liberal atau plural seperti Anwar Ibrahim.

"Sepatutnya Anwar menolak jemputan itu kerana dia tidak layak," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana