Hishamuddin Raistidak menghormati sejarah negara dengan mendakwa tarikh 31 Ogos yang juga Hari Kemerdekaan adalah 'hari malapetaka'.

 Sambutan Malam Ambang Merdeka menjelang Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka di sini malam tadi dicemari perbuatan biadab sekumpulan aktivis propembangkang mengibarkan bendera yang mereka namakan sebagai Sang Saka Malaya.

Malah, aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais dalam ucapan ringkasnya di lokasi tersebut bersikap celupar apabila menggelar bendera Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebagai 'jalur temberang'.
Beliau turut tidak menghormati sejarah negara dengan mendakwa tarikh 31 Ogos yang juga Hari Kemerdekaan adalah 'hari malapetaka'.

"Saudara-saudara! Lupakan jalur temberang, ini (Sang Saka Malaya) adalah bendera baharu untuk negara Malaysia.

"Jalur temberang ialah bendera tipu daripada Amerika.

"Bendera Sang Saka ini adalah bendera tradisi daripada Kerajaan Melayu Langkasuka.

"Bendera ini telah dinaikkan oleh rakyat pada tahun 1947.

"Malam ini adalah malam bersejarah, kita kibarkan Sang Saka. Inilah bendera rakyat Tanah Melayu.

"Inilah bendera yang akan menjadi negara kita apabila negara kita bebas daripada United Malay National Organization.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana