HARUN TAIB MINTA HADI AWANG KAJI SEMULA KERJASAMA PAS BERSAMA PKR!!

DATUK Harun Taib, Ketua Dewan Ulama' PAS hari ini menyampaikan hasrat barisan sidang mesyuarat Dewan Ulama' untuk mengkaji semula kerjasama antara PAS dan PKR. Ini berikutan kemerosotan teruk kekalahan kerusi PAS pada PRU13 yang lepas.

Dalam Multaqa Ulama' semalam barisan AJK Dewan Ulama' bersetuju agar tahaluf siyasi yang terjalin antara PAS dan PKR dibentang semula supaya pada PRU14 yang akan datang kerusi bagi PAS tidak berkurangan.

Pertelingkahan antara PAS dan PKR dalam perebutan kerusi dikatakan amat membimbangkan kerana mereka melihat yang PKR tidak dapat mengotakan janji-janji mereka untuk mengembalikan sokongan orang Melayu kepada PAS.

Mengikut rekod, orang Melayu pada PRU13 telah menolak PAS dengan berkurangnya kerusi dari 23 kerusi pada PRU12 kepada 21 kerusi parlimen pada PRU13 sekaligus hilang satu negeri iaitu Kedah.

Ternyata penolakan orang Melayu kepada PAS begitu ketara akibat gabungan bersama PKR yang diketuai oleh Anwar yang sejak dahulu lagi punyai masalah moral yang teruk. Dalam ucaptama Harun Taib, PAS dilihat lebih selesa bergabung hanya bersama DAP jika dibandingkan parti serpihan UMNO itu.

Walaupun berbeza matlamat dan fahaman, namun gandingan mantap antara PAS dan DAP tanpa melibatkan PKR yakin dapat memerintah Malaysia. Yang penting tiada campur tangan Anwar dalam urusan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana